Tanda Kau Hanya Dianggap Kawan – Lelaki

Zaman universiti adalah zaman dimana korang bakal menemui cinta yang mampu berakhir ke jinjang pelamin. Namun disitu jugalah bermulanya segala kesakitan yang ditanggung akibat frust bercinta.

Yelah, kekadang kita tengok dia rapat dengan kita, tapi last-last kecundang. Dia ada orang lain kan ?

Itulah lumrah kehidupan yang sebenar.

A group of people that are flying in the sky

Description automatically generated

Untuk wanita yang berada di luar sana yang ingin tahu adakah si dia tu betul betul mahukan awak ataupun hanya kawan biasa, korang boleh check tanda-tanda ni :

1 ) Dia jarang reply chat kau.

Kalau nak cakap pasal busy time belajar, semua orang busy. Ada yang 24 jam busynya mengalah pak Menteri. Jadi kalau korang mesej tapi dapat bluetick je dari siang ke malam, korang sendiri faham lah.

Samada dia buat dua kerja untuk pinang korang, takpun dia memang malas nak layan korang.

2 ) Si dia tak pernah cakap hal kahwin.

Ini topik hangat yang bila mana dalam hubungan mesti lah nak sampai ke jinjang pelamin kan ?

Yang wanita mestilah nak jawapan tepat daripada lelaki tentang status hubungan , tapi kalau si dia cepat rimas dan cuba mengelak tu, korang anggap je lah diri korang tu kawan je.

3 ) If u had a crush on him, dah confess tapi si dia nothing changes. 

Ada dua je sebab dia tak buat apa-apa, samada dia dah ada pasangan ataupun dia memang tak suka korang. Cukup. Sila cari yang lain.

4 ) Dah confess, but si dia main tarik tali.

Ni bila korang dah confess, tapi dia macam layan tak layan. Time nak dia dating, time taknak , dia buat korang macam sampah. Tak payah nak stay kalau gini, korang cari je lain.

A picture containing person, standing, man, looking

Description automatically generated

5 ) Dia layan kau macam member member je.

Ni paling best, kalau dia layan kau macam membe, jadi kau jadi lah membe dia sampai dia kahwin dengan orang lain.

6 ) Selalu ajak kau lepak tapi bila kau cakap tentang hati atau perasaan dia rimas.

As you can see, kau tempat dia lepas bosan dia je. Dia bosan, ada masalah dia ajak kau lepak. Tapi untuk ke hubungan seterusnya bukan.

7 ) He talks about other girls to you.

Ini memang jelas sekali lah. Bila dia anggap ko member so dia storylah orang yang dia suka. Ko? Makan dalam lah!

8 ) Kawan kawan dia kenal kau sebagai kawan baik atau kawan biasa saja.

Ni paling sakit lah, bila korang dah sayang dia, tapi membe dia cakap yang kau ni kawan je. Sentap!

9 ) Dia tak pernah ingat tarikh penting you. 

Hari lahir you dia tak wish langsung ok! As special one of course we need someone important to wish right? Cara member biasa wish? (P bfday). Lagi short dan tu je ler.

Jadi, korang tahu dah kan apa tanda nya ? Fikir dengan bijak dan jangan meroyan pulak nanti di hujung hari.

Read Previous

6 Barang Pelik Penjagaan Diri Lelaki

Read Next

8 Barang Harian Bakal Hilang 2030

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 5 =