5 lawak pendek tentang pelajar sekolah

Waktu di sekolah , pelbagai ragam anak murid yang para guru kena hadapi . Ini adalah antara ragam yang cikgu selalu hadapi di sekolah 

A group of people posing for the camera

Description automatically generated

1. Aktiviti Sukan di Padang Sekolah

A group of people lying in the grass

Description automatically generated

Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot.

Tiba di satu bahagian, dimana murid-murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya.

Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. “Woii Man, apa sebab kau berhenti ni hah?!!”

“Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.”

2. Kelas Pendidikan Seni 

A group of people standing in a room

Description automatically generated

Cikgu Zurina sedang mengajar pendidikan seni di kelas murid 3 Dinamik . Harini beliau menyuruh pelajarnya melukis haiwan 

Sedang asyik semua murid melukis tiba-tiba Cikgu Zurina perasan kenapa anak murid yang sorang ni kertas lukisannya kosong tidak disentuh langsung . Kemudian ditanyanya pada murid tersebut ” Nik , kenapa kertas kamu kosong ? Murid lain sudah hampir siap dengan lukisan mereka .

“saya lukis lembu makan rumput cikgu ..” jawab si Nik 

“Mana lukisan lembunya ?!” tanya Cikgu Zurina pada Nik

“rumput dah habis , jadi lembunya dah berlalu pergi ” jawab si Nik …

3. Hari Keputusan Peperiksaan SPM

A group of people posing for a photo

Description automatically generated

Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.

Cikgu: “Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!”

Pelajar: “Terima kasih cikgu.”

Cikgu: “Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini?”

Pelajar: “Balik ke rumah!!”

4. Cikgu Hampir Mati Terkejut

A person smiling for the camera

Description automatically generated

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas.

Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan, tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata,

“Selama saya mengajar awak semua, tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini. Ini sangat menghairankan. Boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?” guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam.

Tiba-tiba salah seorang muridnya bangun dan berkata,

“Sebab.. cikgu pernah kata dulu jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.. ha ha ha..” sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.

Dan kelas kembali bising macam biasa..

5. Mengeja Perkataan Air

Anna merupakan pelajar tadika di sebuah sekolah tadika di dalam negara Malaysia. Beliau merupakan belajar yang nakal dan sering dimarahi oleh guru-gurunya. Walaubagaimana pun Anna telah mendapat pendidikan yang terlebih dalam ilmu sains dan teknologi. Sehinggakan Anna kadang-kadang lupa daratan.

Cikgu Laily: “Anna bangun… saya nak tanya awak. Bagaimana ingin mengeja perkataan air.”

Anna: “Alah cikgu mudah je ejaan air. Adik saya yang tak sekolah tu pun tahu.”

Cikgu Laily: “Bagaimana ejaan nya?”

Anna: “HIJKLMNO”

Cikgu Laily: “Kenapa awak mengeja perkataan air begitu?”

Anna: “Bukan kah ejaan air bererti ‘H to O’ (H20). Betul tak cikgu?”

Cikgu Laily: “What the fnqsldkjcbliquhed !!???”

Itulah antara 5 lawak pendek bila berada disekolah . Terhibur tak ? Korang yang masih belajar , bolehlah kenakan cikgu korang . Pastikan jangan terlalu melampau ya . Ringan-ringan je ok !

Read Previous

Pencinta Kucing? Ini adalah 10 perkara yang korang mungkin tak tahu tentang Haiwan comel ini

Read Next

Nikmat Seperti Minum Secangkir Kopi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six − 4 =