Seorang pelajar pasti tak lari daripada untuk membuat tugasan seperti membentangkan projek di hadapan kawan kuliah atau lebih gemar digelar presentation dalam kalangan pelajar. Sebelum korang semua buat pembentangan , korang tahu tak apa maksudnya ?
Pembentangan ialah satu perkumpulan maklumat yang anda telah masukkan ke dalam satu bentuk seperti powerpoint dan sebagainya untuk menunjukkan kepada orang lain.
Kebanyakkan orang boleh mencari maklumat untuk pembentangan dengan baik tetapi tidak mampu untuk membentangkannya dengan lancer serta mudah sehingga orang lain memahami apa yang dibentang.
Berikut adalah 7 tips yang boleh korang gunakan untuk menjadi pembentang yang hebat serta dapat memahamkan orang lain. Bukan hanya sekadar pakai kot, dan berborak seperti penjual penapis air.
1. Maklumat ringkas
Jika anda melihat pakar-pakar speaker di luar sana, mereka membuat pembentangan menggunakan gambar atau ayat yang sangat sederhana. Tidak membuatnya sepertinya satu karangan yang berserabut dengan ayat.
Ya, memang kita tahu maklumat penting itu banyak, tidak mungkin ia dapat diringkaskan dengan sedikit. Disitulah gunanya kretiviti anda semua. Yang penting keterangan korang yang bakal membuat orang lain faham.
2. Pilih Tulisan yang baik
Ramai yang tidak memilih tulisan yang baik ketika pembentangan. Perlu tahu tulisan juga memainkan peranan penting dalam pembentangan.
Seeloknnya tidak menggunakan tulisan-tulisan yang heavy dan serabut.
Antara ciri yang paling penting dalam pemilihan tulisan adalah, pastikan tulisan yang dipilih mudah untuk dibaca. Jika ianya susah dibaca, ia akan memberikan emosi negative kepada audience untuk fokus kepada anda.
Untuk jenis font pula, Serif Fonts (Times Roman, Courier, New Century Schoolbook, and Palatino) adalah lebih mudah dibaca berbanding Sans Serif Fonts (Tohama, Helvetica, Avat Garde, Arial, Geneva dan etc)
3. Menggunakan gambar yang efektif
Pernahkan anda mendengar satu quote yang berbunyi “A Picture Is Worth A Thousand Words”?
Anda kena pandai untuk memilih gambar yang boleh digambarkan seperti ini. Jangan gambar yang anda gunakan pun penuh dengan text dan perkataan. Ia akan menjadi kurang efektif.
4. Rangka dan rancang maklumat anda
Anda perlu merangka terlebih dahulu maklumat apa yang anda mahu sampaikan.
Kumpulkan dahulu tajuk-tajuk besar yang anda mahu ketengahkan dalam satu-satu topik dan pilih mana yang terbaik untuk disampaikan. Selepas itu barulah anda mencari isi kandungannya.
Setiap maklumat yang dipilih juga dititikberatkan kepada masa yang akan diperuntukkan untuk bercakap. Jangan anda kumpul maklumat banyak-banyak dan sebenarnya masa pembentangan anda hanya diperuntukkan selama 10minit sahaja. Maka banyaklah maklumat yang akan keciciran di dalam pembentangan anda.
5. Membuat latihan
Ramai yang gagal membuat pembentangan yang baik adalah kerana tidak melakukan latihanMana-mana aktiviti yang didatangkan dengan latihan yang berterusan mampu memberikan sesuatu outcome yang lebih sempurna.
Pembentangan yang tergesa-gesa selalunya akan berakhir dengan ucapan yang membosankan dan mesej yang cuba disampaikan tidak akan jelas kepada audience yang mendengar.
6. Elakkan baca slide
Anda mesti selalu melihat kawan-kawan membuat pembentangan dengan membaca slidekan? Ingat, itu adalah cara yang salah. Itu menunjukkan anda tidak benar-benar faham dengan pembentangan yang anda cuba lakukan.
Slide adalah latar belakang visual kepada pembentangan anda untuk menjadikan ucapan anda lebih menarik atau sebagai sedikit ingatan kepada anda ketika berucap. Ia bukan berfungsi seperti buku untuk anda membacanya keseluruhannya.
7. Membuat hubungan dengan audience
Pembentangan yang baik ia seharusnya memiliki komunikasi dua hala. Maksud disini anda perlu berinterkasi ataupun bercakap dengan audience. Barulah komunikasi itu akan lebih sampai. Jika anda membuat pembentanga satu jam dan bercakap tanpa henti, saya percaya ramai akan tidur.
Kemahiran dalam bermain emosi seperti membuat unsur humor, sedih dan sebagainya mampu mewujudkan hubungan kepada audience dengan lebih baik.
Jadi korang boleh apply tak benda ni dalam next presentation?