3 Kucing Termahal di Dunia: Kucing Ashera

A cat with its mouth open

Description automatically generated

Kucing Ashera adalah antara kucing termahal di dunia yang sangat popular kerana tubuh badannya seakan haiwan Cheetah/harimau bintang , karakternya sangat pendiam . Kucing Ashera adalah kucing yang dikembangkan di makmal Amerika , ianya adalah haiwan hybrid antara dua spesis.

A cat with its mouth open

Description automatically generated

ASAL USUL KUCING ASHERA

Kucing Ashera adalah berasal daripada kucing Asian Leopard ,African Serval dan kucing domestic yang biasanya . Baka ini dikembangkan pada awal abad ke-21 melalui manipulasi genetic di Amerika Syarikat spesifiknya oleh makmal Lifestyle Pets 

Setelah beberapa ujian generasi , mereka dapat memperkembangkan kucing Ashera yang kini iaitu haiwan hybrid yang unik . Tapi kucing ini masih dibawah pemerhatian 

CIRI-CIRI FIZIKAL KUCING ASHERA 

Kucing Ashera adalah lebih besar saiznya daripada kucing biasa . Kucing ini boleh mencapai ketinggian sehingga satu setengah meter dan seberat 12 hingga 15 kilogram . Ianya kucing yang agak besar . Ciri-cirinya ianya agak kuat dan tegap , rupanya yang menawan dan gerakkan dia yang anggun . Warna mata kucing Ashera biasanya warna kehijauan atau kuning keemasan seperti madu .

ADA 4 JENIS KUCING ASHERA 

  1. Kucing ashera biasa 
  • Ini adalah kucing ashera yang paling utama yang diperkembangkan . Kucing ini menonjol kerana warna krimnya dan bintik-bintik coklat yang sangat jelas 
  1. Kucing Ashera Hypoallergenik 
  • Rupa kucing Ashera ini sangat menyerupai kucing Ashera biasa .Bezanya ialah kucing Ashera ini jenis tidak menyebabkan reaksi alergi 
  1. Kucing Ashera salji 
  • Kucing Ashera jenis ini dikenali sebagai Ashera putih kerana warna bulunya yang berwarna putih dan berbintik berwarna perang 
  1. Kucing Ashera DiRaja
  • Jenis kucing Ashera ini kurang diketahui dan juga paling rare dan unik 

KARAKTER KUCING ASHERA

A cat with its mouth open

Description automatically generated

Pasti apabila korang melihat fizikal kucing Ashera ini korang akan berkata “ tak bahaya ke Kucing Ashera ni ?” . Jawapannya tidak kerana sifat yang dimiliki oleh kucing Ashera ini tenang dan pendiam 

Kucing Ashera ini suka dibelai dan mempunyai ikatan yang kuat antara adik-beradiknya . Kucing Ashera juga boleh ditinggalkan bersendirian tanpa ada masalah kerana kucing Ashera ini tidak terlalu “clingy” 

KESIHATAN KUCING ASHERA

A cat lying on a sidewalk

Description automatically generated

Buat masa ini tiada penyakit yang spesifik yang menyerang haiwan ini . Kewujudan dan jangka hayat kucing ini yang pendek tidak memberikan apa-apa informasi mengenai penyakit atau kekurangan yang mungkin ia alami 

HARGA DAN TEMPAT UNTUK MEMBELI KUCING ASHERA

Kucing Ashera hanya boleh dibeli makmal Lifestyle Pets sahaja kerana kucing Ashera yang mandul dan tidak dapat membiak (kemandulan biasanya terjadi pada haiwan hybrid) . Kucing Ashera itu sendiri perlu ditanam mikrocip  dan perlu divaksin lengkap . Harga kucing Ashera ini boleh mencecah daripada RM 71.187 sehingga RM 402.000 untuk setiap spesimen bergantung pada jenis kucing Ashera yang korang inginkan 

So guys , kucing yang kedua dan ketiga ni min akan sambung pada artikel esok . Artikel esok akan di publish pada waktu yang sama ye .. Jumpa esok !!

Read Previous

Tips Jadi Pembentang Yang Hebat

Read Next

3 Kucing Termahal di Dunia: Kucing Parsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 14 =