5 Cara Menghilangkan Whitehead dan Blackhead Tanpa Perlu Picit

A picture containing food, person, eating, indoor

Description automatically generated

Korang tak rasa geli ke bila dah jadi banyak macam ni ? Mesti geli kan ? Tidak dapat dinafikan masalah blackhead dan whitehead memang merimaskan dan kerap terjadi pada usia remaja . Ianya mudah terjadi bila kulit wajah berminyak . Apabila liang terbuka , maka terjadilah masalah seperti yang disebutkan 

Selain mencuci muka ada buat rawatan di spa , min nak share beberapa petua yang mudah dan ringkas menggunakan bahan semula jadi dan boleh dibuat di rumah sahaja . Jadi lepas ini tak perlulah dipicit lagi sampai merah-merah muka jadinya . Ikut je 5 cara mudah ni …

#1 AIS / AIR BATU 

A picture containing clothing

Description automatically generated

Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat 

Caranya : Balut ketulan ais dalam kain dan tekapkan pada hidung selama 30 saat . Lakukan sekerap mungkin . Cara lain . korang boleh cuci muka dengan air berais/sejuk sekali sehari . Untuk kesan lebih menarik , korang gantikan air batu kosong tadi dengan air batu jus timun , jus epal atau teh hijau .

#2 CUKA EPAL

A bowl of fruit sitting on a table

Description automatically generated

Menegangkan kulit , mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH pada kulit wajah supaya kekal muda dan cantik .

Caranya : Campurkan cuka ke dalam air epal yang sudah dikisar . Dengan menggunakan kapas , celup dan sapukan rata pada kulit wajah . Biarkan kering dan bilas . Amalkan setiap malam selepas cuci muka .

#3 PUTIH TELUR

A close up of a girl

Description automatically generated

Mengecutkan liang pori yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka . Barulah cantik !!

Caranya : Pukul putih telur dan sapukan pada kulit wajah . Biarkan kering , baru bilas . Untuk kesan yang menarik , sapu putih telur pada kulit wajah dan lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya . Tanggalkan tisu apabila putih telu betul-betul kering . Buat dua kali seminggu 

#4 SKRUB GULA

A close up of a person with the mouth open

Description automatically generated

Membuang minyak berlebihan pada kulit wajah dan mengurangkan pori-pori terbuka . Baru kulit terasa lembut ..

Caranya : Gaulkan dua sudu gula , satu sudu madu dan sedikit jus lemon . Sapukan pada kulit wajah ramuan tadi . Biarkan selama 30 minit dan dibilas . Lakukan sekerap yang mungkin . Korang juga boleh menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanilla . Baru wangi !

#5 SODA BIKARBONAT

A close up of a bottle

Description automatically generated

Membuang lebihan minyak , kotoran dan debu di permukaan kulit wajah . Ia juga membantu dalam merawat masalah jerawat .

Caranya : Buat pes menggunakan dua sudu soda bikarbonat dan air . Ratakan pada kulit wajah dan urut secara perlahan-lahan agar bahannya mudah untuk menyerap .

Itulah 5 cara mudah hilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semula jadi . Semoga info ini memberi manfaat pada korang !

Read Previous

Gelagat Rakyat Malaysia

Read Next

Tips Jadi Pembentang Yang Hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 1 =