Putus cinta, cinta tak kesampaian kedua-duanya amat pediah dan menyakitkan. Tamabahan pula kalau percintaan itu dipupuk ketika sedang belajar. Bak lirik lagu IAmNeeta, “Sakit yang ku rasakan…Mengaburi jiwa ini..” itu menggambarkan sedikit sebanyak perasaan orang putus cinta.
Setiap orang mempunyai penerimaan yang berbeza apabila menyentuh hal putus cinta, ada yang rileks je, ada yang makan hati berulam jantung, ada yang pendam dalam dan kebiasaannya “frust” menonggeng lah.
Admin pun pernah bercinta zaman belajar duluda pernah putus cinta jadinya kali ini untuk edisi student admin nak kongsi sedikit 5 tips macam mana nak move on (ini edisi pelajar tetapi orang dewasa boleh juga ikut tips ini).
1. Dekatkan diri dengan Tuhan
Tidak kira apa jua agama, mendekatan diri dengan Tuhan amat membantu dalam memberikan ketenangan. Ini kerana dengan melakukan ibadah, diri seseorang akan meresap aura positif dan pada masa sama mengubat hati yang sedang berduka lara.
2. Luangkan masa bersama keluarga
Keluarga adalah sumber kekuatan seseorang, jadi jika putus cinta sekali pun cuba kongsi bersama ibu atau ayah atau adik beradik yang rapat kerana kasih sayang daripada ahli keluarga merupakan pengubat yang baik untuk hati yang terluka.
3. Keluar dengan kawan-kawan atau sahabat baik
Rakan-rakan adalah orang yang memahami kita selepas keluarga kerana kita lebih banyak meluangkan masa bersama mereka. Pada masa sama sahabat yang baik akan sentiasa ada saat suka atau duka. Jika kamu bersedih kerana putus cinta luangkan masa bersama mereka kerana hanya sahabat yang tahu bagaimana untuk menceriakan kita. Bagaimanapun jika kawan itu memberi pengaruh buruk maka carilah sahabat yang membawa kamu ke arah kebaikan.
4. Sibukkan diri
Salah satu cara untuk “move on” daripada putus cinta adalah dengan menyibukkan diri, ini termasukalah fokus dengan pelajaran, atau libatkan diri alam aktiviti sukarelawan atau persatuan atau beriadah, dengan menyibukkan diri ia akan membantu anda untuk mengalih fokus anda daripada asyik terkenangkan si dia yang mungkin dah bahagia dengan orang lain.
5. Kenal dengan orang baru.
Kalau kita faham pepatah “Patah tumbuh hilang berganti,” mesti setiap kali move on kita akan optimis dan positif. Berkenalan dengan orang baru bukan beerti kita mengalah tetapi ia adalah cara kita menerima kehilangan si dia. Tidak salah berkenalan dengan orang baharu dalam hidup tapi janganlah jadikan dia sebangai persinggahan. Jadikan orang baru sebagai kawan mana tahu satu hari berjodohan.