Nak beli laptop second hand? Ini tips kot-kot membantu

Image result for tips beli laptop second hand

Bukan semua student mampu nak beli laptop baru tambahan lagi dengan harga yang mencecah ribuan ringgit (siap install software).Jadi alternatifnya laptop second hand adalah pilihan yang ada .

Meskipun itu saja alternatifnya, bagi mereka yang ingin membeli laptop second hand perlu hati-hati takut discam pulak dapat laptop rosak jadi hari ini min nak kongsi tips macam mana nak beli laptop second hand terutama buat golongan pelajar.

1. Cek fizikal dahulu

Pertama sekali untuk laptop kena tengok luarannya dulu, sebab utama nak tengok kalau keadaan luar dijaga baik kemungkinan dalaman pun ok. Setakat calar-calar sikit boleh lah dmaafkan tapi kalau dah lekuk sana sini mungkin perlu dipertimbangkan.

Satu lagi paparan laptop pun kena laptop LCD laptop adalah salah satu komponen paling mahal. Jadi pastikan paparan LCD jelas, terang dan nyata.

Selain itu keyboard dan touchpad laptop perlu diteliti jugak. Pastikan ia masih berfungsi dengan baik. Ini kerana mengganti keyboard dan touchpad juga mahal harganya.

Image result for tips beli laptop second hand

2. Lakukan inspeksi detail

Cek prosessor yang laptop tu pakai. Jangan beli laptop second hand dengan perisian dibawah Pentium III. Setakat ini Pentium lll masih mampu menjalankan sistem operasi modern seperti Windows XP dengan cukup baik. Tapi lebih baik biarlah perisian tu yang terkini lah.

Sebaiknya sahaja membeli laptop terpakai yang menggunakan prossesor yang paling minimal Pentium III. Prossesor ini masih mampu menjalankan sistem operasi modern seperti Windows XP dengan cukup baik.

Selain itu teliti kapasiti RAM dan periksa apakah boleh diupgrade dengan mudah .Disarankan agar laptop mempunyai kapasiti RAM 512 Mb dan ke atas. Sekarang ini harga RAM pun dah murah dan mudah dinaik taraf.

Laptop lama mungkin hanya mempunyai kapasiti harddisk maksima 40 GB, ada yang lagi rendah 10 GB. Sebaiknya untuk pelajar pastikan kapasiti harddisk tinggi sebab banyak benda nak kena save nanti.

Bateri laptop terpakai biasanya lemah. Jika bateri laptop secondhand masih baru atau baru ditukar itu satu bonus. Jika laptop hanya untuk dipakai di rumah maka bateri tidak menjadi satu masalah. Kalau perlu dibawa ke mana sahaja jadi pastikan bateri tidak terlalu lemah semasa membeli. Kalau tidak kena tambah modal lagi tukar bateri baru.

Read Previous

Berfesyen ikut kemampuan

Read Next

Putus cinta!!! 5 cara nak “move on” – (Edisi Pelajar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − seven =