Siapa Sangka Selipar Buruk Ini Mampu Dilelong Sampai RM1 Juta?

Demo tak keney bare.

Itulah yang boleh dikatakan bila sandal buruk ni dikatakan boleh terlelong dengan harga hampir RM1 juta! Kalau dilihat ia hanyalah barang peribadi, bukannya barangan berharga si empunya diri.

Pada awalnya, pihak yang mengendalikan lelongan ini menjangkakan sandal ini akan terlelong dengan harga sekitar RM360,000 sahaja. Mungkin kerana ia adalah milik mendiang Steve Jobs menjadikan sandal ini berharga di mata peminatnya.

Sandal berwarna coklat jenama Birkenstock ini dipakai Jobs pada tahun 1970 dan 1980-an yang ditemui seorang cef yang mengendalikan hartanah milik Jobs di Albany, California pada 1980-an. 

Sandal ini juga telah dipamerkan di beberapa negara termasuklah di Muzium Sejarah di Jerman dan kedai Birkenstock yang pertama di Amerika Syarikat.

Info & kredit gambar: AP News

Read Previous

Jual Gula Kapas Tapi Macam Konsert, Gelagat Lelaki ‘Masuk Air’ Di Pesta Konvo UUM Buat Netizen Terhibur

Read Next

Suunto 9 Peak Pro Serba Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − 10 =