Hampir 12 Malam, Jangan Masuk Bank! Kalau Tak Nak Ini Terjadi

Walaupun dah banyak kes jadi, tapi masih ada yang terkena. Tu yang senior nak roger sikit dekat korang yang masih tak tahu.

Korang tahu tak pintu bank yang adanya mesin ATM ni akan automatik tutup bila dah jam 12 tengah malam? Ya, automatik. 

Tak kiralah korang kat depan pintu ke, tengah ambil duit yang dah keluar ke atau tengah ambil aircond ke, memang dia akan auto tutup. Walaupun ada butang kecemasan yang boleh korang tekan, korang memang kena bersabar.

Macam yang viral baru-baru ni, seorang gadis terpaksa menunggu sekitar 5 jam selepas terkunci di dalam. 

Nasib baik datang bersama rakan walaupun rakannya berada di luar. Pihak bomba pun dah datang tapi tetap gagal membuka pintu tersebut. 

Trauma beb sorang-sorang dalam tu. Daripada tak memasal terkurung, baiklah ambil langkah berjaga cucuk esok jelah. 

Video: @chahadah55

Read Previous

Bina Apartmen Rahsia, Lelaki Berjaya Tinggal 4 Tahun Secara Percuma Dalam Mall

Read Next

Jual Gula Kapas Tapi Macam Konsert, Gelagat Lelaki ‘Masuk Air’ Di Pesta Konvo UUM Buat Netizen Terhibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × three =