Bina Apartmen Rahsia, Lelaki Berjaya Tinggal 4 Tahun Secara Percuma Dalam Mall

Percaya tak seorang lelaki berjaya membina sebuah apartmen tersembunyi di sebuah pusat membeli belah dan tinggal di sana selama 4 tahun tanpa disedari sesiapa pun?

Siap boleh jemput rakan-rakan datang melepak dan bermain Playstation!

Sebelum ini, Michael Townsend terpaksa keluar dari rumahnya disebabkan pemiliknya mahu membangunkan kediamannya. Tiada tempat untuk berteduh, beliau kemudiannya teringat mengenai satu ruang di sebuah pusat membeli belah yang sudah kosong sejak tahun 1999.

Curious dengan tempat tersebut, Michael datang melawat ruang tersebut. Pada ketika itu tahun 2003, dan ruang tersebut masih lagi kosong sebelum ambil keputusan untuk tinggal di sana bersama rakannya.

Gambar sekadar hiasan: jonnyclow via unsplash.com

Pada awalnya, ingatkan mahu tinggal dalam masa yang singkat, namun ia bertukar ke rancangan untuk tinggal di sana. 

Ruangan seluas 750 kaki itu dihias sesuai dengan keinginan mereka dan ia disembunyikan dengan membina dinding blok angin dan pintu utiliti. Perancangan untuk memasang lantai kayu, bilik tidur kedua dan dapur bagaimanapun tidak berjaya selepas lokasi rahsia itu ditemui pengawal keselamatan.

Namun apabila mahu didakwa atas kesalahan menceroboh, Michael mengaku tidak bersalah dan menjelaskan apa yang beliau lakukan adalah salah satu cara untuk memahami pusat tersebut dengan lebih baik. 

Walaupun tidak dikenakan hukuman berat atas kesalahannya, Michael bagaimanapun diharamkan untuk ke sana buat selama-lamanya.

Korang boleh tonton video penuh di YouTube   BE AMAZED

Gambar utama sekadar hiasan: elijahlychik via unsplash.com

Read Previous

“BIGO Halloween In-House Party” Penuh Seram Dan Menyeronokkan!

Read Next

Hampir 12 Malam, Jangan Masuk Bank! Kalau Tak Nak Ini Terjadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × one =