Makhluk Halus Terbang Depan Mata! Katanya Ajak Bergurau!

Tak dinafikan benda mistik dan ghaib ni ada. Dulu sis skeptikal gak benda halus ni, yelah sebab tak pernah jumpa kan. Sekali dah pernah jumpa, terus percaya yang benda ghaib or halus wujud. 

Dan seperti yang kita juga tahu, banyak rakaman angker di luar sana. Tapi mesti kabur dan nampak macam tipu kan?? Kalini tak beb. Macam biasa, sis skeptikal awal2 tengok video tu. Sebab biasalah, dah kerja tengok video je, kadang2 banyak stumble dengan video trolling. Kata penampakan hantu, tapi takpon.

Tapi… Keskeptikalian sis kalini terbantut, sebab bila tengok rakaman oleh pengguna akaun TikTok razifmutalib7, cara dia beralun dan terbang, lain maciam. Lain maciam macam mana tu? Silalah tengok video di bawah ya:

Klik link di sini: https://www.tiktok.com/@razifmutalib7/video/6997408970893757722

Ada yang komen, mungkin layang2 kot. Sis tergelak kejap, tapi layang2 tak terbang macam tu bang. Pin-point tali or penariknya mana?? Haaa…

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ezgif.com-gif-maker.jpg
Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Desktop:Screen Shot 2021-08-24 at 3.22.46 PM.png

Tinggi kan dia terbang?? Ingatkan ketinggian benda halus terbang paras pokok kelapa je. Tapi terbang tinggi dah macam drone ye.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ezgif.com-gif-maker (1).jpg

Kalau korang tanya sis, sis rasa real. Sebab aura keremangan kebuluromaan tu ada. LOL! Apa pendapat korang? Real atau fake?

Kredit gambar utama: via TikTok @razifmutalib7

Read Previous

Pemandu Cuba Nak Lari Dari Bayar Tol? Buat Malu Je Kena Gelak!

Read Next

5 Sebab Kenapa Lelaki Bagi Perempuan Menang, Walaupon Bukan Salah Lelaki!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 5 =