Baru je berusia 25 tahun, Fakhirah menggalas tanggungjawab sebagai Pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di syarikat gergasi itu yang antara lain mengajar tentang robotik FANUC dan KUKA kepada jurutera dan juruteknik di Tesla.
Fakhirah adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra, Besut, Terengganu yang turut menawarkan program Ulul Albab iaitu merupakan pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada, sistem pendidikan MRSM dan aliran agama termasuk tahfiz al-Quran.
Perjalanan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga bukan semudah disangka namun Fakhirah berjaya membuktikan kesungguhan membolehkan apa sahaja diimpikan menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian seorang jurutera, Richard Ker di Facebook, Fakhirah pernah melanjutkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti California, San Diego atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Selepas menamatkan pengajian pada 2019, Richard memberitahu wanita itu kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal di universiti sama.
Disebabkan itu, perkongsian mengenai kejayaannya membuatkan ramai terinspirasi terutamanya dalam bidang kejuruteraan automatif.
Kitorang meletakkan Fakhirah antara contoh untuk ramai wanita di Malaysia lebih berjaya pada masa hadapan.
Kredit gambar utama: FB Richard Ker