Ilmuwan OKU Terima Hadiah Rumah Percuma Dari PropertyGuru Dibantu Lebih 130,000 Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, 27 Julai 2021: Impian seorang ilmuwan yang lumpuh badan untuk memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan apabila dihadiahkan sebuah rumah pegangan kekal lengkap perabot di Tropicana Metropark, Subang Jaya, hasil sokongan PropertyGuru, Tropicana dan undi daripada lebih 130,000 rakyat Malaysia untuk mengubah hidupnya.

Sebagai orang kelainan upaya (OKU), impian memiliki ruang sendiri bukan sekadar soal kehendak untuk Dr. Basri. Meskipun berkerusi roda dan berdepan kekangan fizikal, beliau cekal menempuh pelbagai rintangan bagi menggapai kejayaan. Kisah ilmuwan berusia 39 tahun ini yang mencari tempat berteduh

bagi keluarganya berjaya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia, yang telah mengundinya sebagai peserta paling layak untuk memiliki sebuah rumah baharu bernilai RM600,000. 

Nasib malang menimpa apabila Dr. Basri lumpuh dari pinggang ke bawah akibat tinggal di kawasan tidak bersih. Rentetan itu, beliau nekad melindungi keluarganya daripada ditimpa musibah yang sama. Peristiwa malang itu terbukti sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengejar kejayaan

dengan mengorak langkah meneruskan pengajian PhD di Universiti Malaya. Beliau sedar, keputusan itu mampu mewujudkan peluang pekerjaan lebih cerah bagi membantunya menyara keluarga serta memenuhi impian memiliki rumah sendiri. Kecekalan semangat beliau serta sokongan prihatin rakyat Malaysia akhirnya membantunya mencapai tonggak kehidupan ini lebih awal.

Dr. Basri berkongsi, “Saya tersentuh hati melihat begitu ramai rakyat negara ini bersama-sama menyokong saya dalam inisiatif ‘Home Giveaway’ PropertyGuru. Saya dan isteri kini sedang menyewa sebuah unit Rumah Malaysia (sebelumnya dikenali sebagai ‘Projek Perumahan Rakyat’ atau ‘Rumah PPR’) untuk keluarga empat beranak kami dengan dua anak kecil. Semua gaji saya sebagai pembantu

penyelidik dan pendapatan isteri daripada pekerjaan sambilannya telah digunakan untuk menampung perbelanjaan sewa dan harian, namun Alhamdulillah, kami tidak sangka akan memiliki sebuah rumah baharu di satu lokasi utama! Kehidupan kami telah berubah selamanya, dan kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada kami.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:Dr Basri bin Husin and family (1).jpg

Isteri Dr. Basri yang sangat memahami hasrat suami untuk memiliki ruang sendiri bagi mencapai kebebasan kehidupan telah mencalonkannya dalam inisiatif ‘Home Giveaway’ PropertyGuru, kerana beliau yakin Tropicana Metropark dapat memenuhi segala keperluan dan kehendak suami. Kediaman

servis itu bukan sahaja mudah diakses dan mempunyai keterhubungan yang baik, tetapi juga menawarkan persekitaran selesa untuk keluarga mereka, dengan sebuah taman bandar seluas 9.2 ekar yang boleh dijadikan tempat bermain anak-anak mereka. Dr. Basri telah dicalonkan bersama empat lagi

peserta peringkat akhir selepas disenarai pendek daripada 1,000 penyertaan. Kisah Dr. Basri berjaya meraih undi tertinggi daripada rakyat Malaysia yang ingin membantunya memiliki rumah pertama. 

Saat keterujaan beliau apabila mengetahui impiannya menjadi kenyataan boleh ditonton di sini:

Paralysed Scholar Gifted a Free Home by PropertyGuru

Malaysians, thank you for showing your love in these difficult times. More than 130,000 of you have voted for the winner of a brand new home at Tropicana Metropark! Watch how we revealed this life-changing surprise.

Posted by PropertyGuru.com.my on Tuesday, July 27, 2021

Inisiatif ‘Home Giveaway’ PropertyGuru merupakan cara PropertyGuru menyumbang balik kepada rakyat Malaysia pada masa mencabar ini, tatkala negara dan rakyatnya sedang bergelut dengan kelembapan ekonomi akibat wabak COVID-19. 

Dalam Kajian Sentimen Pengguna Separuh Pertama 2021 dikeluarkan PropertyGuru: https://www.propertyguru.com.my/property-guides/malaysia-consumer-sentiment-study-h1-2021-41283

Rakyat Malaysia menyatakan ketidakmampuan untuk membayar wang pendahuluan dan gaji/pekerjaan yang tidak stabil sebagai penghalang utama untuk mendapat pinjaman perumahan. Ini menunjukkan bagi kebanyakan orang, impian memiliki rumah sendiri ibarat angan-angan.

Sheldon Fernandez, Pengurus Negara PropertyGuru berkata, “Memiliki rumah sendiri telah menjadi satu tonggak kewangan yang sukar digapai bagi ramai rakyat Malaysia, bahkan sebelum melandanya wabak COVID-19. Kami teruja dapat membantu rakyat Malaysia yang layak seperti Dr. Basri merealisasikan

impian untuk memiliki kediaman sendiri. Meskipun kempen ‘Home Giveaway’ PropertyGuru telah tamat, kami akan terus menemani rakyat Malaysia dalam perjalanan pemilikan rumah dan membantu mereka membuat keputusan hartanah diyakini dengan menawarkan hartanah, pandangan dan penyelesaian tepat kepada mereka.”

Kini, terdapat beberapa inisiatif perumahan yang boleh dimanfaatkan rakyat Malaysia dari pelbagai kumpulan pendapatan seperti skim Sewa untuk Milik (RTO) dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC). Untuk maklumat dan panduan lanjut bagi mencari kediaman yang tepat, sila layari laman sumber PropertyGuru di:  https://www.propertyguru.com.my/property-resources

Kredit gambar utama: via PropertyGuru

Read Previous

Kenyataan Dari KPM, Sesi Persekolahan Secara PdPR Akan Diteruskan Sehingga 31 Ogos 2021!

Read Next

Disebabkan Bising Sangat! Gaya Selamba Kucing Tolak Anak Ayam Jatuh Akibat Geram Menghiburkan Netizen!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − one =