Kenyataan Dari KPM, Sesi Persekolahan Secara PdPR Akan Diteruskan Sehingga 31 Ogos 2021!

Keputusan ini dibuat selepas kes pandemik COVID-19 semakin tinggi, perbincangan ini dilakukan bersama KPM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:photo_2021-01-24_14-00-55.jpg
Kredit: via Cikgu Share

Sesi persekolahan PdPR telah berlangsung pada 14 Jun yang lalu iaitu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri untuk tempoh 25 hari. Kemudian diikuti dengan Cuti Pertengahan Penggal 17 Julai hingga 26 Julai 2021.

Sesi persekolahan PdPR telah berlangsung pada 14 Jun yang lalu iaitu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri untuk tempoh 25 hari. Kemudian diikuti dengan Cuti Pertengahan Penggal 17 Julai hingga 26 Julai 2021.

Sesi PdPR Sehingga 31 Ogos Terpakai Untuk Semua Sekolah

Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan intitusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM

Sekolah Akan Dibuka Bermula 1 September 2021

KPM juga mengumumkan dimana sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelaran (PdP) bersemuka mulai 1 September 2021.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:sekolah-sinar-harian.jpg
Kredit: via SumberKini

Kes terkini dari Twitter KKM Malaysia:

“Menurut KPM, seramai 253,366 guru dan pentadbir (61.3 peratus) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Justeru, mengambil kira kadar vaksinasi itu, KPM membuat ketetapan pembukaan sekolah dibuka secara berperingkat untuk PdP bersemuka mulai 1 September.

Namun begitu, KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.” – Utusan Online

Kredit gambar utama: via UMNO Online

Read Previous

DEMAM DURIAN:PENUHI KEINGINAN ANDA DAN DAPATKANNYA DI 7 LOKASI JUALAN DI NEGERI SELANGOR!

Read Next

Ilmuwan OKU Terima Hadiah Rumah Percuma Dari PropertyGuru Dibantu Lebih 130,000 Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 5 =