Alpro Lancar Perkhidmatan e-Farmasi Untuk Meneruskan Pemberian Ubat-ubatan Secara Selamat Di Tempoh PKP

KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2021 – Rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan e-farmasi untuk membolehkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat doctor dan ahli farmasi untuk membeli ubat-ubatan secara dalam talian.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:e-pharmacy_2 (1).jpg

Alpro Pharmacist mengeluarkan ubat preskripsi untuk pengguna e-farmasi

Menyesuaikan perkhidmatannya untuk membantu masyarakat dalam menangani pandemik COVID-19, Farmasi Alpro sedang giat mengembangkan perkhidmatan dalam taliannya dengan memberikan khidmat kaunseling, berkongsi maklumat perubatan dan membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit

dan masyarakat setempat melalui platform e-dagang rasmi, Alpro One Click (alprooneclick.com), yang disokong oleh pasukan profesional yang berdedikasi terdiri daripada doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan dan ahli diet.

Pengarah Pemasaran, Promosi dan Penjenamaan Farmasi Alpro, Ph. Lee Yin Chen, berkata “Sebagai farmasi komuniti pertama dan satu-satunya yang berjaya memperoleh Insurans Liabiliti Produk sebanyak RM1,000,000 bagi semua ubat di negara ini, misi kami mendorong kami untuk sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat terlebih dahulu. Berikutan lonjakan jumlah kes COVID-19 baru-baru ini di Malaysia, kami rasa bahawa e-farmasi akan memudahkan orang ramai untuk berjumpa doktor, mendapatkan preskripsi dan membeli ubat tanpa meninggalkan rumah mereka”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:Minute Consult (2).jpg

Farmasi Alpro telah mendirikan kaunter “Minute Consult” untuk berikan harga yang berpatutan untuk mendorong orang ramai mendapatkan ubat yang betul sebelum berunding dengan profesional mengenai penyakit ringan.

Alpro berkhidmat secara aktif untuk masyarakat sepanjang pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu dan syarikat tersebut juga secara khususnya telah memperkenalkan perkhidmatan baru untuk terus membantu golongan yang memerlukan bantuan perubatan. 

“Semasa MCO 1.0 tahun lalu, kami sedia maklum bahawa ramai yang mengelak dari berjumpa doktor ketika mereka tidak sihat atas dasar isu kewangan dan kebimbangan untuk mengunjungi klinik.

“Inilah sebabnya mengapa kami melancarkan perkhidmatan Minute Consult, sebagai alternatif untuk orang ramai untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan perubatan yang murah di farmasi kami. Inisiatif ini disambut baik oleh golongan masyarakat kerana jumlah kadar bayaran yang dikenakan untuk perundingan, rawatan dan ubat-ubatan adalah kurang dari RM20. Tahun lalu, lebih daripada 400,000 orang telah menggunakan perkhidmatan Minute Consult kami,” kata Lee.

Hasil pendekatan Alpro untuk berhidmat demi masyarakat dan negara, syarikat tersebut telah baru-baru ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai farmasi komuniti yang telah mengeluarkan preskripsi yang terbanyak dalam setahun di Malaysia, mengeluarkan lebih dari 185,000 preskripsi.

Menjelaskan komitmen syarikat yang berpanjangan terhadap pemerkasaan sosial, Yin Chen menyatakan bahawa Farmasi Alpro sangat berbangga kerana dapat menambah nilai untuk masyarakat melalui produk dan perkhidmatan Farmasi Alpro.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ePharmacy Web page.jpg

Farmasi Alpro telah melancarkan e-farmasi dan kini para pelanggan boleh mendapatkan ubat preskripsi yang selamat secara dalam talian.

“Kami berharap dapat terus memanfaatkan jangkauan online kami yang luas dan rangkaian lebih dari 140 cawangan di seluruh negara untuk mendorong kesan positif dalam masyarakat. Kepada mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan e-farmasi, sila ke laman rasmi kami di www.alpropharmacy.com/services/online-pharmacy/ atau hubungi 019-7021923/019-6129006”.

Tambah Lee, “Situasi pandemik kini yang tidak menentu bererti kita harus bekerja keras dan lebih masa untuk terus berhubung dengan masyarakat, baik melalui perkongsian kesedaran awam di media sosial atau menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan perubatan menerusi live chat di aplikasi Facebook Messenger.”

Kredit gambar utama: via Alpro

Read Previous

Kanak-kanak Berumur 11 Tahun & Dia Juga Adalah CEO Kilang Coklat! Ingin Membantu Mereka Yang Terkesan Dengan Covid-19!

Read Next

Gara2 Geletek Lemak Perut Kucing, Kan Dah Kena Sepak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + nineteen =