Seperti yang kita tahu, kempen #BenderaPutih yang dianjurkan oleh netizen ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan orang ramai memang berpusu-pusu cuba untuk membantu orang dalam kesusahan. Sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban kejiranan yang mengalami masalah kewangan.
Yelah sekarang memang orang dokk check sesiapa yang kibar sebab nak menolong, tapi ada salah seorang telah disalah anggap kain putih jemurannya sebagai bendera. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @aishahsazali2 telah kongsikan videonya dan ia telah meraih tontonan sebanyak lebih 1.3 juta.
Dalam videonya itu, Aishah mengatakan yang dia terlupa tentang kempen #BenderaPutih yang sedang giat dijalankan di Malaysia.
Jadi, tindakannya untuk keringkan langsirnya yang berwarna putih telah disalah anggap hingga ibunya telah mendapat panggilan dari persatuan flat menanyakan tentang keadaan keluarga mereka.
Korang cuba dengar betul2, suara bapa dia pon kelam kabut dibelakang menjerit memberitahu perihal sebenar.
Lucu wehh, saksikan video di bawah:
Netizen pon turun tumpang gelak dan kongsi pengalaman mereka di ruang komen! Hahaha korang kalau nak sidai kain putih tu, berjaga sikit lah ya.
At least, Aishah dan keluarganya tahu yang komuniti kejiranan diorang peka dan ambil berat pasal mereka.
Kredit gambar utama: TikTok @aishahsazali2