Kisah Angker Di Office Sendiri

Siapa kata hantu ni ada dekat rumah, hostel dan kubur je. Dekat office pon ada ya! Bayangkan kau yang first masuk office, sekali tetiba bunyi orang buka air dekat sinki pantry. Oiii meremangggg oiiiii!

Kali ini kitorang ingin berkongsi tentang beberapa kejadian angker yang dihadapi oleh satu brader member kita ni. 

Sedikit sejarah pembinaan bangunan tempat kerja dia, sebelum ini adalah tapak open parking kereta dan penuh dengan rompakan sampai kan bunuh. Oleh itu di tapak ini banyak menyaksikan beberapa kematian di dalam kalangan golongan ini. Sama ada kematian semulajadi atau pergaduhan dan pembunuhan.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:Parking KLIA KLIA2 Putrajaya Sentral Park N Ride (14) (1).jpg
Kredit: via MAT DRAT

Kisah 1


Pagi itu saya sampai pejabat sangat awal, sekitar pukul 6.30am. Ruang pejabat yang luas di tingkat high rise. Saya masuk dan on kan suis lampu. Jadi terang benderang. Saya terus ke meja dan bersiap hendak sarapan dengan bungkusan nasi lemak yang di tapau kat Majidee lepas. Lantas saya ke pantry dan mula membancuh air milo suam. Usai selesai bancuh air, terus ke meja bersiap untuk makan sarapan. Tiba-tiba blind di tingkap berbunyi dan bergerak seperti ada orang yang goyangkannya. Saya lihat tiada sesiapa kerana cleaner pun akan masuk tepat jam 7am.

Dengan rasa tak puas hati, saya meronda satu pejabat untuk lihat jika ada sesiapa yang datang awal. Namun tiada sesiapa dalam semua bilik. Ha tetibalah suasana mula terasa seram. Sedang jalan2 tiba-tiba salah satu kerusi di depan saya bergerak seperti ada sesuatu menolaknya. Seram tapi diberikan keberanian dan ketenangan, yalah sebab datang awal kan. 

Tengah buka tingkap, tetiba kedengaran suara hilai tawa yang kuat, terkejut mendengarnya seperti menjerit betul2 di telinga. Beberapa saat juga hilai tawa itu berlaku dan mula hilang perlahan-lahan. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka dan saya nampak 2 orang akak cleaner masuk untuk mulakan tugas. Akak tu tanya saya kenapa berpeluh-peluh dan nampak cuak? Saya cakap sebab panas takde aircond untuk sedapkan hati akak2 tu, sekian.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:horror-laugh-ringtone-720x340.jpg
Kredit: via Red Ringtones

Kisah 2


Hari itu saya kena kerja lebih masa sebab dalam proses nak install server, kvm, switch dan seangkatan dengan vendor. Jangkaan kerja akan siap pada 8 atau 9 malam. Pada lebih kurang 5.30pm saya nampak salah seorang boss bersiap nak balik usai habis kerja. Jam menunjukkan sudah 7pm dan masih saya bekerja install server. Lalu saya turun ke tingkat bawah untuk pastikan semua lampu sudah ditutup. Sampai di tingkat bawah, ada satu lampu belum ditutup lagi, saya pun berjalan ke arah suis lampu dan tutup suisnya.

Sedang saya nak berjalan ke pintu keluar, tiba-tiba saya ternampak kelibat orang berjalan. Saya pun bergegas ke kawasan yang gelap itu, namun dalam salah satu bilik boss lampu menyala terang benderang. Seingat saya boss dah balik dan lampu memang dah ditutup sejak ptg tadi. Saya pun buka pintu dan nak masuk ke dalam bilik boss. Saya nampak boss tengah duduk di meja sambil pandang ke bawah dan diam. Saya perasan tidak ada laptop dan begnya, kerana bos selalu akan bawa laptop ke mana-mana. Lantas saya pun berkata”ni bukan kau boss, elok kau balik dan jangan kacau orang nak kerja”. Saya masuk bilik dan tutup lampu dan pintu semasa nak keluar dari bilik boss.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:kisahseramno15hotelpd_04.jpg
Kredit: Ceciter Seram

Lepas je saya melepasi bilik boss, tiba-tiba masuk seorang staff dari pintu depan dan terkejut tengok saya masih dalam pejabat. Dia bertanya kenapa tak balik lagi, bahaya tinggal sorang-sorang kat office ni lepas 6pm. Saya cakap yang saya nak pastikan semua suis dah di turn off. Dia pun macam pelik sebab suis semua dah tutup tapi saya seorang diri dalam gelap depan bilik boss. Saya cakap tak ada apa2 untuk menghilangkan suasana seram dengan gelak2 kecil sikit. So kami berdua pun pergi ke lif untuk ke parking dan balik.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:WF4oaJEFDzGEgXe0VMqEWKxY1gu9h5DOmUbx4nnXONQ.jpg
Kredit: via Google Image

Seram beb kalau jumpa kelibat macam member sekerja, sekali bukan. Memang terus lari pecut pergi kereta or motor, balik rumah fullspeed. Takdanya nak chill lepak sembang lagi. 

Apa pengalaman seram korang di tempat kerja??

Kredit gambar utama: via RAZZWEY

Read Previous

Apakah CCRIS & CTOS? Penting ke?

Read Next

5 Wajah Monyet Yang Paling Menakutkan Dan Pelik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × five =