Disebabkan niat jahatnya untuk akhiri nyawa bekas teman lelaki, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menjadi mangsa dan terkorban. Itulah yang berlaku di Indonesia apabila seorang wanita telah mengirim sate beracun buat bekas kekasihnya dan kes itu kini hangat diperkatakan di negara jiran.
Menurut laman web Harian Jogja, kejadian tersebut berlaku di Bantul, Yogyakarta pada 25 April lepas dan wanita bernama Nani Aprilliani, 25, itu telah meminta seorang penghantar makanan dikenali sebagai Bandiman, 47, untuk menghantar sate berkenaan kepada alamat diberikan.
Bagaimana boleh berlaku?? Di bawah adalah kronologi kes tersebut:
- Nani membeli sate dari sebuah warung di Umbulharjo, Kota Yogyakarta. Dia kemudian menuju ke Jalan Gayam, Kota Yogyakarta.
- Nani terjumpa Bandiman yang sedang berehat di masjid. Dia meminta Bandiman menghantar sate itu ke rumah seorang lelaki bernama Tomy.
- Bandiman terima pesanan tanpa menggunakan aplikasi dan diberi upah sebanyak 30,000 Rupiah (RM8.55)
- Apabila tiba, Tomy rupanya tiada di rumah. Menurut laporan, isteri Tomy yang berada di rumah enggan terima sate itu kerana tidak mengenali si pengirim
- Isteri Tomy menyerahkan kembali sate kepada Bandiman dan suruh bawa pulang buat juadah buka puasa
- Tiba di rumah, Bandiman beri sate kepada isteri dan dua anaknya. Bagaimanapun hanya isteri dan anak keduanya, Naba yang makan sate tersebut
Kata Bandiman, tidak lama selepas itu Naba mengeluh kerana rasa pahit dan panas sebelum menuju ke peti ais untuk meminum air sejuk. Namun, tidak lama selepas itu Naba terus pengsan manakala isteri Bandiman pula turut mengalami muntah-muntah.
Kedua-duanya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi malangnya doktor memaklumkan Naba tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Isteri Bandiman dilaporkan semakin pulih selepas diberi rawatan selanjutnya.
Akibat dari tindakan penganiayaan tersebut, Nani telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya di Bantul pada Jumaat lepas. Penangkapan itu memberikan sedikit kelegaan kepada Bandiman dan isteri apabila mendapat tahu individu yang menyebabkan kematian anak mereka akan dibawa ke muka pengadilan.
Jadi guys, tolonglah berhati2, lagi2 kalau daripada pengirim yang tak dikenali.
Dan kepada semua rider, jangan senang2 ambil makanan yang dah di cancel order ke, atau ada orang tetiba minta tolong kau hantarkan secara manual tanpa menggunakan sistem sebab nampak korang pakai bag delivery Foodpanda, Grab dan etc. Bila dah hantar,customer/receiver reject, korang plak bawa balik dan makan, ye lah sebab makanan free en. Jangan wehhh!! Kalau memang pasti tak bahaya or beracun, makanlah. Yang tak pasti, better elakkan dan buang je.
Kredit gambar utama: via Detik News, FB @Indozonemedia & FB @HarianJogja