Hujan lebat luar biasa yang melanda Mekah, dikhabarkan sejak Selasa minggu lepas, menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar itu dilanda banjir kilat. Kalau nak diikutkan dari tarikh Twitter, keadaan ini sudah berpanjangan selama hampir seminggu hinggalah ke hari ini!
Menurut perkongsian di laman Twitter @hsharifain, hujan lebat seperti ini amat jarang berlaku.
Dikhabarkan, keadaan seumpama ini amat jarang berlaku di kota Mekah dan Pertahanan Awam telah mengeluarkan amaran berjaga kepada semua pihak.
Cuaca luar biasa yang dikongsikan di media sosial turut merakamkan video hujan batu di kawasan Kaabah.
“Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Makkah dan Madinah bermula Jumaat.
Amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.
Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.” – via Astro Awani
Biarpun hujan lebat menimpa bumi Mekah, ramai muslim masih meneruskan ibadah tanpa menghiraukan pakaian mereka basah.
Malah, dalam kompilasi gambar dikongsikan laman Twitter Haramain Sharifain, kelihatan mereka masih khusyuk menadah tangan memohon doa ketika waktu mustajab itu di bulan mulia ini.
Untuk pengetahuan, hanya jemaah yang menerima suntikan vaksin dibenarkan memperoleh permit untuk menunaikan umrah dan bersolat di Masjidil Haram.
Terdapat tiga kategori jemaah dibenarkan iaitu mereka yang sudah menerima dos vaksin, menerima satu dos sekurang-kurangnya 14 hari sebelum, dan sudah pulih daripada jangkitan COVID-19.
Kredit gambar utama: via Twitter @hsharifain, @wmngovsa, @reasalharmain