Pelajar Kantoi Memalsukan Borang Rentas Negeri Dari KL Ke Kuantan

Tindakan berani dua pelajar kolej swasta memalsukan borang rentas negeri mengundang padah apabila mereka berdua ditahan pihak berkuasa. 

Menurut Utusan Malaysia, pelajar wanita yang masing-masing berusia 22 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong, kelmarin selepas anggota bertugas meragui kesahihan borang dikemukakan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, ketika diperiksa di SJR berkenaan, kedua-dua pelajar tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

“Ketika diperiksa dokumen perjalanan rentas negeri mereka, polis mendapati borang itu agak meragukan dan disyaki dipalsukan oleh kedua-dua wanita tersebut.

“Hasil siasatan awal pihak polis percaya cap dan tandatangan ketua polis balai yang meluluskan permit tersebut disyaki palsu dan dipercayai dibuat secara ‘scan’ dan tulisan turut dipinda,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pelajar wanita yang masing-masing berusia 22 tahun itu turut memasukkan maklumat palsu tentang kolej pengajian mereka dan seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis ganja.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan surat palsu yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Sementara itu, suspek yang didapati positif dadah siasatan dilakukan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Sekarang, rentas negeri tanpa alasan munasabah dah dikira jenayah berat ya! Korang akan disaman, dipenjarakan, dan rekod korang jadi buruk, atau kesemuanya sekali. 

 

Kredit gambar utama: TikTok @bng_naa

Read Previous

Prank Sahurr Sahurr Sahurrr: Adik Terkejut Dengan Panggilan Sahur Lawak Teruks!

Read Next

8 Kebaikan Berpuasa Dari Sudut Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − fourteen =