Proton Saga Masuk Pasaran Nepal Mula Dijual Dengan Harga Hampir RM123k

Jenama kereta Malaysia, PROTON terus melebarkan sayapnya dengan perkenalkan model Saga di Nepal selepas sebelum ini ke Brunei, Pakistan, Kenya dan Mesir.

Kalau dekat Malaysia, harga untuk Proton Saga boleh dapat dalam RM31,000 dekat Nepal pula Proton Saga masih ditawarkan jenis yang sama.

Kredit: Paultan.org

Cuma harga untuk jenis manual 1.3 Standard MT dijual bermula Rs 35.50 Lakh dan auto 1.3 Premium AT pula dalam Rs 39.50 Lakh yang mana kalau ditukar ke RM masing-masing sebanyak RM122,700 dan RM136,500.

Hampir 4 kali ganda bezanya kalau dibandingkan.

Saga yang dipasarkan dekat sana sama je dengan yang ada di Malaysia cumanya dia upgrade dari segi sistem aircond dengan kawalan arah aliran keluar dan pemanas selain daripada kapasiti enjin yang lebih kecik sikit.

Yang lain semua sama.

Untuk versi Premium pula ada ditambah DRL LED, rim 15-inci aloi dua tona, stereng multi-fungsi, lampu boot, skrin sentuh tujuh-inci berdasarkan Android, empat pembesar suara, tambahan dua slot pengecas USB, kamera undur dan kawalan kestabilan.

Katanya X70 pun nak dilancarkan di Nepal juga tahun ni. Agak-agak kalau X70, berapa pula ya harganya dekat sana? Mesti lagi tinggi kan?

Sumber: Paultan.org

Read Previous

Ibu Minta Tolong Maklong Troll Anak Yang Selalu Buka Peti Ais

Read Next

Doraemon x Gucci Kolaborasi Terbaru Dilancarkan di Taiwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 2 =