Disebabkan isu tu, maka bertalu-talulah mereka ni diserang netizen yang tak berpuas hati. Kata mereka nama harimau menangis memang dah lama digunakan dan ia bukanlah hak eksklusif sesiapa.
Tambah pula viral satu video yang mana mereka ni seolah-olah ‘persendakan’ orang ramai yang tak boleh guna dah nama harimau menangis ni.
Lepas viral isu tu, pihak syarikat pun jelaskan yang mereka tak halang pun sesiapa nak buat bisnes yang sama selagi ia tak serupa dengan bungkusan produk dorang.
Rupanya yang dorang nak trademark kan tu bukannya nama harimau menangis tapi logo daging harimau menangis termasuklah gaya, susun atur grafik kod warna & tulisan.
Mohon maaf atas kesilapan kata-kata, akhirnya Kartini tarik balik permohonan mereka secara serta merta bagi meredakan keadaan.
Walaupun dekat Malaysia isu ni dah reda, tapi orang-orang Thailand baru tahu tentang ni. Dan bila dorang tahu, memang masing-masing pun melentinglah sebab asal usul daging harimau menangis ni memang dari Thai pun.
Disebabkan itu ramailah rakyat Malaysia yang minta maaf dekat rakyat Thailand yang tersinggung dengan claim tersebut.
Macam mana pulak pandangan korang tentang isu ni?