• 14/04/2021

Tipu Isteri Naik Sriwijaya Air, Lelaki Pergi Bercuti Dengan Skandal Takut Nak Balik Rumah

Baru-baru ni dunia dikejutkan dengan tragedi nahas pesawat Sriwijaya Air yang mana telah mengorbankan kesemua penumpang.

Dalam kesedihan ni, ada satu kisah yang boleh diambil sebagai pengajaran terutamanya buat mereka yang dah berumah tangga.

Kredit: CNN Indonesia

Dikongsi dari satu IG feed @drboykediannugraha, seorang suami dikatakan dalam dilema sama ada nak pulang ke rumah lepas beritahu isterinya yang dia ke Pontianak naik Sriwijaya Air.  Sedangkan yang sebenarnya dia ke Bali untuk bercuti dengan skandal & sambut anniversary dorang!

Dan di rumah pula katanya, kaum keluarga dan isterinya dah siapkan persiapan untuk menyambut jenazah si suami.

Kredit: @drboykediannugraha

Dikongsikan dalam banyak medium termasuklah di TikTok oleh @thojenk1, kisah ni dapat perhatian meluas disebabkan masih ramai yang ikut kisah tragedi Sriwijaya ni.

Kalau lihat ruangan komen, ramai yang suruh lelaki tu supaya tak payah balik sebab kalau balik pun, akan jadi arwah ‘dikerjakan’ isterinya. Tapi kalau tak balik macam mana pula kan?

Tak dapat dipastikan kisah ni sebenarnya real ke hoax sebenarnya sebab ada yang cakap kalau suaminya tipu takkanlah nama beliau ada dalam senarai mangsa kan? Melainkan kalau memang dia beli tiket tu, tapi tak naik.

Macam satu lagi kes yang mana sorang daripada mangsa nahas dipercayai naik pesawat tu menggunakan ID rakan pejabat mangsa dan si rakan yang terkena tu sendiri terkejut bila namanya ada dalam senarai mangsa nahas dan minta supaya rakaman CCTV disiasat.

Apa-apa pun sama-samalah kita doakan moga kesemua mangsa nahas cepat ditemukan. Salam takziah buat keluarga mangsa.

Read Previous

PS5 Games Eksklusif 2021 Akan Datang Yang Patut Korang Tahu!

Read Next

Gaji Rider Cecah RM18,000 Sebulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × two =