Cara Buat ‘Babi Air’ Yang Tengah Trending Dekat TikTok

Korang perasan tak sekarang ni femes betul pasal babi air. Sana sini budak-budak milenial bercakap tentang babi air ni. Macam sis G yang dah lepas fasa budak ni pun pelik lah apa bendalah babi air tu.

Mula-mula duk ingatkan babi air tu babi dalam air, tambah pula musim-musim banjir ni banyak betul orang share video babi berenang. 

Rupanya babi air tu sejenis mainan gais!

Kalau korang nak tahu babi air tu asalnya dari cool fever yang dah direndam berhari-hari dan kemudiannya hasil dia kembang semangkuk jadi montel.

Kredit: akakleezha

Mungkin sebab tekstur dia macam slime, tu yang dorang suka.

Ada juga yang letakkan pewarna dekat babi air dorang tu. Jadinya berwarna-warnilah. Ada kaler pink, kaler biru dan juga kaler hijau.

Kredit: via Twitter
Sekali pandang macam gamat pun ada. Kredit: adleenanur

Katanya trend ni bermula dari Barat dan diikuti dengan Indonesia sebelum ianya masuk ke dalam Malaysia.

Yang tak boleh brain, selain cool fever ada juga yang gunakan pampers dan pad sebagai bahan eksperimen. 

Kalau baca komen-komen netizen, ramai yang marah sebab benda ni macam satu pembaziran. Lagipun cool fever tu bukannya murah.

Sis G harap, moga dengan trend ni tak adalah harga pampers atau harga cool fever naik mendadak. Jenuh nanti kalau anak-anak demam. T-T

Read Previous

Seri Paduka Baginda Bersama Keluarga Turut Turun Padang Memberi Pertolongan & Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Read Next

Anak Conteng Kereta Bapa, Tapi Hasilnya Sangat Cantik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 2 =