Musim-musim COVID-19 ni semua orang tengah terdesak, sampai ada antaranya yang sanggup membuat jenayah demi untuk mendapatkan wang.
Baru-baru ni, penyanyi Lan Solo beritahu yang kedai runcit diusahakannya di Puchong baru je dirompak seorang individu yang hanya diketahui sebagai seorang lelaki India. Siap diperas ugut staf supaya serahkan duit sales yang ada.
Jadi Lan minta sesiapa yang tahu apa-apa maklumat tentang lelaki tu boeh tampil memberi maklumat kepada pihak polis supaya suspek dapat ditahan.
Kalau korang nak tahu, kedai Solo Borneo Mart ni baru je bukak tahun lepas ni ada jual barang-barang basah dan kering yang diambil dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei.
Hmm, semua orang pun tengah sesak ni, tapi itu bukan bermakna kita boleh je halalkan cara demi nak teruskan hidup.
Harap bro Lan tabahlah hadapi dugaan ni. Moga suspek cepat ditangkap. Korang yang ada maklumat tentang kejadian tu bolehlah inform polis untuk diambil tindakan.