Baru2 ni ada kes curi dekat Petaling Jaya. Yang buatkan lagi sadis adalah yang menjadi mangsa hanyalah seorang budak yang berumur 14 tahun yang bernama Muhammad Nor Faizal, berkerja sambilan menjual burger sewaktu cuti sekolah. Kejadian berlaku pada tengah malam dalam pukul 1 pagi, ketika adik Faisal meninggalkan gerainya untuk ke tandas. Antara barang yang dicuri adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.
Faizal menjual burger sewaktu cuti sekolah.
Kisah tersebut telah mendapat perhatian salah satu YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal. Jadi atas dasar prihatin, IPD Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit untuk memberi semangat kepada Nor Faizal.
Ingatkan Uncle Jimi yang jantan ni seorang je terharu. Jarang nak terharu ni so ingatkan keliru dengan jantina sendiri tetiba nak over sensitive, tapi sekali netizen pon turut rasa terharu! So, Uncle Jimi rasa alright. HAHAHAH!
Sebenarnya tindakan macam ni yang kita nak. Ya, Uncle Jimi tahu di luar sana ramai yang berjasa dan berbakti yang mungkin kita tak tahu, dan mesti ada puak netizen yang bebal kata sedekah ni buat apa nak tunjuk.
Oiii kalau setakat hanphone tu Uncle Jimi rasa okay je. Bukan diorang sampai panggil press buat conference bagai semata2. Kita pon boleh bezakan mana yang genuine buat baik atau fake capap. Takpayah kusut, yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk pergi mampus.
Nak tahu cerita lanjut, boleh klik link official page Polis Daerah Petaling Jaya.
Kredit Gambar Utama: @PolisDaerahPetalingJaya