Kalau korang perasan, tiap tahun je mesti ada cerita pasal ‘pencuri 1 sen’ ni. Walaupun jenayahnya dilakukan masa 30 tahun lepas, sampai ke hari ni orang masih duk sebut-sebut lagi pasal tu.
Minggu lepas, bekas penggodam yang juga pakar IT, Aman Shah, 54 tahun tarik perhatian netizen bila buat kemunculan di dada akhbar lepas sekian lama. Tapi apa yang beliau dedahkan ni memang mengejutkan.
Katanya sistem bank dekat Malaysia ni ‘cucu’ kepada sistem dulu dan hanya copy paste je. Bila sistem dah copy paste dan tak upgrade, memang mudahlah hackers nak buat kerja dorang. Kesannya pendeposit dengan mudah akan kehilangan wang yang dorang simpan.
Bila pendeposit dah tak percaya dekat bank, dorang ni akan keluarkan wang secara besar-besaran. Endingnya ekonomi negara akan lumpuh.
Kata Aman Shah lagi, bank sekarang ni terlampau nak jimat kos sampai boleh guna open source. Dia punya senang nak hack tu sampai Aman Shah kata: “Kamu bagi saya laptop sekarang, esok saya boleh pindahkan wang. Nak buat atau tak sahaja.”
Kalau korang nak tahu, Aman Shah sekarang ni tengah aktif nak siapkan buku yang akan cerita pasal kesalahan jenayahnya bagi jelaskan kekeliruan orang awam pasal kes dia.
Menurut media, Aman Shah tertangkap kerana mampu membeli 6 kereta sport mewah yang kesemuanya berjumlah RM3.05 juta secara tunai walaupun gaji beliau pada masa tu cuma RM1,8000 je.
Tapi Aman Shah nafikan apa yang dilaporkan media dengan dakwa yang yang beliau curi tu bukanlah wang orang ramai tapi wang keuntungan bank yang dipindahkan ke akaunnya sendiri dan lain-lain. Malah jumlahnya bukanlah RM41 juta.
Korang boleh baca dekat thread ni.