Wanita Saman Boyfriend Lepas 8 Tahun Bercinta Tapi Tak Dilamar

Sis ada soalan dekat kaum lelaki semua, berapa lama masa yang korang ambil sebelum korang lamar girlfriend korang untuk dijadikan isteri yang sah?

Setahun? 2 tahun? 5 tahun? Atau lebih daripada tu?

Soalan sis ni sebab sis ada baca sorang wanita Kenya, Gertrude Ngoma saman boyfriend dia sebab lepas 8 tahun bercinta masih lagi tak dilamar. Masa prosiding mahkamah, wanita ni beritahu yang boyfriendnya tak serius nak jalin hubungan yang lebih serius dengannya.

Kredit: Happy Wedding

Sampai dia pun dah bosan menunggu. Tu yang sampai failkan saman dekat boyfriend dia. Bagi wanita tu, dia layak tahu apa yang akan berlaku dalam perhubungan dorang di masa akan datang.

Hasil percintaan 8 tahun tu, pasangan kekasih ni pun dah ada sorang anak. 

Sebagai hujah membela diri, boyfriend Gertrude ni bagitahu selain daripada tak cukup duit nak buat majlis, dia seolah salahkan Gertrude sebab tak bagi perhatian dekatnya sepanjang tempoh dorang bercinta.

Kredit: Static

Mahkamah pun pening. tapi sebab tak ada law untuk orang belum berkahwin, hakim hanya mampu suruh keduanya berdamai di luar mahkamah.

Jadi korang yang tengah bercinta tu, jangan abaikan partner sampai dia rasa hubungan korang tu macam tak ada penghujung pulak. Nanti tak pasal-pasal jadi macam ni. 

Read Previous

Logo Background Yahudi/Illuminati Di Facebook? Ke Logo Black Metal?

Read Next

Pemain Bola Perempuan Sabahan Pertama Malaysia Bermain Untuk Kelab Bayern Munich

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × two =