Degil Tak Nak Jual Rumah Pusaka, Kisah Lelaki Ni Dah Macam Kartun Up

Dah jadi kebiasaan, bila satu kawasan tu didapati berpotensi untuk dibangunkan, pihak pemaju akan cuba untuk membelinya dengan tawaran harga yang menarik. Tambah pula kalau kawasan tu adalah kawasan yang ada orang duduk.

Tapi tak semua yang sanggup jual hak mereka walaupun dah ditawarkan harga yang lumayan. 

Macam yang berlaku dekat Singapore ni. 2 orang pemilik rumah teres lama tetap berdegil tak nak jual hak mereka kepada pemaju Macly Group walaupun ditawarkan dengan harga yang lumayan. 

Gambar: Sebelum pembinaan dimulakan. 

Walaupun pemaju dah cuba pujuk, mereka tetap dengan keputusan tersebut. Nak tak nak pemaju terpaksa buat plan lain dengan bina kondo Namo berbentuk U – mengepung kawasan rumah tersebut.

Kredit: Mothership.sg

Salah seorang pemilik rumah berkenaan, Mr Goh kata dia tak nak jual sebab rumah tersebut merupakan rumah pusaka maknya yang dah meninggal dunia. Jadi nilai sentimental dorang dengan rumah tersebut memang tinggi.

Gambar: Dulu vs sekarang.
Gambar: Laluan masuk ke kawasan rumah Mr. Goh.

Bila dengar je kisah ni, terus sis teringat cerita Up yang atuk tu tinggal dekat rumah kecil dikelilingi bangunan pencakar langit. Sama juga macam Mr Goh, atuk dalam cerita Up tu tak nak jual rumah dia sebab banyak sangat kenangan beliau dengan isterinya di sana.

Gambar: Rumah dalam kartun animasi Up.

Kalau korang ditawarkan berjuta RM untuk ini, apa keputusan korang pulak?

Read Previous

RM300,000 Tunai Dimakan Anai2! Memang Canai!

Read Next

Tempat2 Seram Terkenal di Malaysia Yang Mungkin Korang Pernah Pergi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + nine =