Dah Tak Disambung, Gerak Khas The Finale Penamat Siri Kepolisan Arahan Yusof Haslam

Dari zaman sis sekolah rendah lagi siri Gerak Khas ditayangkan dekat TV. Bermula dari RTM, dan dibawa ke TV3, siri yang bawa konsep pasukan polis ni memang ada peminatnya yang tersendiri.

Akhirnya selepas 21 tahun, pengarah, Yusof Haslam memberitahu Gerak Khas akan ditamatkan selamanya selepas episode ke-28 Gerak Khas The Finale nanti. 

Kata Yusof Haslam, mungkin ada yang kata Gerak Khas dah tak relevan sebab terlampau lama, tapi sri kepolisan hasil hubungan win-win dengan pihak PDRM ni tetap diterima dan buktikan bahawa aura Gerak Khas tetap kuat dalam kalangan peminat.

Terharu dengan sokongan yang ditonjolkan peminat, Yusof Haslam akui terharu bila minggu pertama ditayangkan Gerak Khas The Finale, episode tu terus jadi trending. 

Masa ditanya sama ada akan teruskan dengan siri anggota penguatkuasaan yang lain, Yusof Haslam beritahu ianya masih dalam perancangan.

Jadi kalau korang nak tahu apa ending Gerak Khas lepas 21 tahun ni, bolehlah tengok setiap Jumaat & Sabtu pukul 10.30 malam dekat TV3. Yang penting, siri akhir ni ada pegawai polis kegemaran sis iaitu DSP Aleza lakonan Abby Abadi. ;p

Read Previous

Budak Sarawak Campak Kucing Demi Viral Di TikTok!

Read Next

RM300,000 Tunai Dimakan Anai2! Memang Canai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 15 =