Sakan Promote Dalam Live, Seller Bundle Berterabur Lari Bila Nampak Polis

Zaman sekarang ni memang dah biasa sangat dah tengok orang promote barang dekat sosial media kan? Tak kisah lah jual yang baru atau bundle, ramai seller yang dah semakin bijak gunakan peluang untuk cari pelanggan.

Baru-baru ni viral dekat Twitter satu video yang paparkan gelagat seller bundle yang menjual online. Tengah sakan promote nak menjual, sekali…

Berterabur habis semua larikan diri. Yang kelakaranya siap pakai kain pelikat lagi tu. Ya Allah, sis G bukan apa risau kang ada juga yang buat show free! Dahlah tengah live kot. Korang ni biar betul. 

Netizen yang tengok pun terhibur sebabnya masing-masing menggelabah teruk. Ada juga yang sempat bergurau kalau hujan pergilah suruh lelaki angkat kain. Mesti lajunya macam ni. 

Dalam satu sharing di FB, pemilik bundle tersebut bagitahu yang dorang lari sebab langgar SOP – berkumpul dan tak pakai mask. Jadi sebab tak nak dapat surat cinta harga RM1k, tu yang pakat lari berterabur semuanya. Ekk.

Pengajarannya dekat sini, kalau korang nak meniaga tak kisahlah meniaga apa pun silalah ikut SOP. Supaya bila polis datang, untung-untung boleh ajak join live sekali. Tak payahlah berterabur larikan diri.

Ingat, stay safe dan #KitaJagaKita gais.

Read Previous

Mengingati Zaman Kegemilangan Ibu Bapa Kita

Read Next

Memorabilia Budak 90an Yang Confirm Buat Korang Mengimbau Zaman Korang Balik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − eight =