Mengingati Zaman Kegemilangan Ibu Bapa Kita

Sayangnya mereka pada kita tak sama seperti kita sayang pada mereka, mereka terlalu sayang pada kita sehingga sanggup buat apa sahaja demi kebaikan hidup kita, sebab tu ada ayat “ibu bapa yg kehilangan anak lebih sakit daripada anak kehilangan ibu bapa”.

Di sini kami share few kisah atau kenangan yang kami dapati memang menarik dan memang boleh relate dengan kita masa waktu kecil!

Gambar di bawah diambil dari “terminologi kategori Roland Barthes “Camera Lucida”, pengarah galeri Rahel Joseph menyatakan ‘studium’ album gambar keluarga beliau dalam konteks migrasi. Dalam kes ini, perpindahan keluarga beliau dari Kerala ke Malaya. Gambar berkumpulan ini diambil pada tahun 1938 di sebuah gelanggang tenis di Tangkak, Johor.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:123243337_3340175609428910_3291692513097023203_o.jpg
Ha ada muka bapa korang tak dekat sini?? Kredit: Ilham Gallery

“Mengusahakan projek ini, saya menyedari betapa pentingnya potret keluarga terutama sebagai seseorang yang berasal dari generasi muda. Ia seperti kisah visual kehidupan mereka, yang dapat saya bayangkan walaupun mereka tidak lagi hidup.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:127280800_3396258617153942_5099310775783745161_o.jpg
Haihhh memang selokar album keluarga japgi ni. Serious vintage and mengimbau kenangan gila! Kredit: @areshareza via Ilham Gallery

“Gambar lama dari tahun 1970-an ini tersimpan di rumah datuk sebelah bapa saya di Klang. Gambar ini menangkap keriangan bapa saya ketika kecil di samping mendedahkan suasana dan keadaan perumahan ketika itu.

Kelihatan di sini kaum lelaki di belakang mengenakan sarong dan kakak sepupu bapa saya berpakaian putih, di samping kelihatan butiran struktur rumah yang samar. Jelas keriangan di raut wajah bapa ketika menunggang kekuda yang dibuat khas oleh datuknya.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:126265462_3397736573672813_2893353369504555685_n.jpg
Wehhh Cik Kiah pon pernah ada okay kekuda tu! Time tu bukan unicorn macam korang! Tak silap Cik Kiah punya katak kot. KEKATAK! LOL! Kredit: Sangeetha Mae via Ilham Gallery

“Ini ialah antara gambar datuk yang saya gemari dari lewat tahun 1960-an, kerana ia mengingatkan saya kepada kisah cinta yang hanya wujud di dalam filem atau buku. Datuk dan nenek saya ialah generasi pertama Ceylon-Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:127035019_3398581333588337_3011581837850139019_n.jpg
Hmm sweet teruk tengok gambar portrait mereka ni. Kau tengok rambut brader tu, sama macam stail sekarang. Oldskool > Newskool! Kredit: Sangeetha Mae via Ilham Gallery

“Gambar yang diambil pada lewat tahun 1980-an ini menunjukkan kelaziman isi rumah Malaysia. Dahulu, satu perkara biasa apabila diguntingkan rambut oleh ibu bapa atau datuk dan nenek kita, selalunya di dapur ataupun di serambi. 

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini, seorang budak perempuan kecil sedang gunting rambut oleh bapanya sambil duduk di atas tanah. Potongan ‘mangkuk’ amat popular dengan kanak-kanak dahulu. Melihat dari riak wajahnya, nampaknya dia amat sukakan potongan rambut barunya itu.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:128028685_3398990626880741_6045073933014771420_n.jpg
Ni paling menambat hati Cik Kiah, memang parents Cik Kiah diy je gunting rambut ni. Tak mampu ke salon or spa masa tu macam korang! Eh. Kredit: Sangeetha Mae via Ilham Gallery

“Gambar yang diambil pada tahun 1974 ini menangkap kenangan indah pasangan dua sejoli di atas bot romantik di tasik Zoo Negara. Lelaki muda yang sedang mengayuh bot adalah seorang yang romantik. Beliau sanggup datang dari Singapura ke Kuala Lumpur hanya untuk bertemu dengan gadis yang sedang tersenyum di dalam bot itu.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:126900592_3397918166987987_1260341285587895172_n.jpg
Heh bukan macam kau, Selangor ke KL pon bagi alasan jauh. Kata laut akan ku redah demi mu?? Opps! Sangeetha Mae via Ilham Gallery

Analogi dia lebih kurang macam ni, bila ibu bapa kehilangan kita, umpama mereka kehilangan masa depan mereka, manakala kalau kita kehilangan mereka, umpama kehilangan masa silam.

So, appreciate lah mereka sementara mereka masih ada ya guys!

Kredit Gambar Utama: Ilham Gallery

Read Previous

Comelnya! Ayah Guna Kucing Tunjuk Cara Mandikan Baby

Read Next

Sakan Promote Dalam Live, Seller Bundle Berterabur Lari Bila Nampak Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − fourteen =