Bila ke laut, aktiviti yang tidak boleh ditinggalkan ialah berkayak. Buat mereka yang suka berkayak, ianya macam satu terapi untuk berkayak dalam satu ruangan yang luas.
Tapi, tak ramai yang berani untuk berkayak. Macam sis G rasa, berkayak tu buatkan sis G nampak darat terlampau jauh untuk sis G capai. Creepy! Terbayang pula apa yang ada dalam laut yang kita tak nampak lagilah buat sis G seram.
Macam satu video viral dekat TikTok baru baru ni, beberapa individu berkayak dekat satu pantai California hampir menjadi ‘makanan’ ikan paus gergasi bila secara tiba-tiba paus tu naik ke permukaan laut.
Gila gais. Sis yang tengok macam tak cukup nafas sebeb nervous tau. Dah jadi lauk ke orang tu. Sebab video tu terlampau pendek.
Tapi biasanya ikan paus jenis Humpback ni dia hanya makan ikan-ikan kecik je. Dan kalau benda selain daripada tu contoh macam manusia ke, dia akan luahkan balik.
Tapi dalam satu laporan media antarabangsa, kedua-duanya selamat, tak alami apa-apa kecederaan dan berjaya diselamatkan pengunjung lain yang ada berdekatan.
Sebab sebelum ni dekat California jugaklah, 2 orang penyelam scuba hampir ditelan juga ikan paus. Sebabnya 2 orang ni nak tengok macam mana ikan paus makan dan dengar macam mana paus berbunyi.
Lepas tengok video ni, sis rasa memang sis akan naik seriau bila ke laut. Celup je kaki terbayang benda bukan-bukan yang akan jadi. Belum lagi naik bot. Nak snorkling pun tak jadi walaupun kejadian ni berlaku dekat California.