Renew Lesen Online Bermula 9 Oktober, Lebih Mudah Dan Selamat

Kes COVID-19 yang dicatatkan Malaysia belakangan ini memang membimbangkan kerana lebih banyak daripada kes yang dicatatkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Walaupun PKP Pemulihan (PKPP) dilaksanakan sehingga 31 Disember ini, ketakutan kerana gelombang ini nyata apabila orang ramai masih lagi takut dan ragu-ragu melihat kepada angka yang dicatatkan.

Termasuklah beratur di kaunter untuk renew lesen kenderaan secara online.

Kredit: BH

Terbaharu, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal sudah boleh dilakukan secara online di laman MyEG bermula 9 Oktober.

Manakala untuk Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat secara online bermula 16 Oktober dan ini tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Menurut JPJ, langkah ini diambil sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang lebih praktikal.

Buat masa sekarang, perkhidmatan renew lesen LKM secara online menerusi sistem MyEG adalah dibuka untuk kenderaan persendirian sahaja.

Cara untuk renew lesen secara online di MyEG:

  1. Log ini atau daftar akaun di MyEG.
  2. Pilih ikon JPJ dan ‘Perbaharui Lesen Memandu’.
  1. Masukkan maklumat yang diperlukan dan pilih kaedah penerimaan.
  2. Sahkan maklumat dan teruskan untuk pembayaran.

Setelah selesai dengan pembayaran, anda hanya perlu tunggu dan lesen baru akan sampai dalam tempoh masa 1-2 hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman rasmi MyEG.

Kredit gambar utama: BH, Malay Mail

Read Previous

Mudahnya Orang Kurus Tolak Kereta Kalau Guna Cara Mekanik Ni

Read Next

Basikal Edisi Terhad Lamborghini x Cervelo Cycles – Menggiurkan Tapi Harga Macam Sebuah Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + twenty =