Dalam satu iklan baru yang dimuat naik di saluran YouTube, Apple mendakwa iPhone adalah produk yang mengutamakan privasi pengguna. Tidak seperti beberapa produk lain, Apple dikatakan mengetengahkan ciri keselamatan pengguna.
Dalam iklan tersebut, pendedahan maklumat dan privasi dinyatakan dalam bentuk babak menghebohkan carian internet pengguna dan membocorkan data peribadi seperti lokasi tempat tinggal dan nombor kad kredit pengguna.
Menggunakan ayat ‘sesetengah perkara tak perlu dikongsi’, iPhone dipromosikan sebagai produk yang meletakkan privasi pengguna sebagai fokus utama mereka.
Biarpun sistem operasi iPhone dikatakan lebih selamat berbanding sistem operasi telefon Android yang lain, Apple tetap berdepan dengan kontroversi menggunakan data pengguna tanpa kebenaran.
Antaranya pada tahun 2019, Apple pernah kantoi mendengar rakaman arahan pengguna kepada Siri tanpa pengetahuan pengguna bagi tujuan melatih Siri. Dan ianya diakui sendiri oleh pihak Apple yang kemudiannya memohon maaf dan mendakwa ianya hanya didengarkan kepada pekerja tetap yang kemudiannya akan dipadamkan terus daripada sistem mereka.
Tonton iklan penuh:
Kredit gambar utama: The Mercury News