Tiada Lagi 3G Menjelang Akhir 2021

Dalam pelan infrastruktur digital, kerajaan telah memperkenalkan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha menambah baik komunikasi digital di Malaysia di bawah RMK ke-12 (2021-2025).

Pelan ini akan membawa Malaysia menuju teknologi 5G, dan sejajar dengan misi tersebut, rangkaian 3G yang diperkenalkan secara meluas pada 2005 akan ditamatkan secara berfasa sebelum dilaksanakan secara sepenuhnya menjelang akhir 2021.

Kredit: Malay Mail

Pelan yang diumumkan pada 29 Ogos lalu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dengan pelaksanaan di fasa 1:

  • perluasan liputan jalur lebar 4G di 96.9% kawasan berpenduduk
  • mempertingkatkan kelajuan daripada 25Mbps kepada 35Mbps
  • membolehkan 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit.

Jika di fasa 1, kerajaan akan melaksanakan langkah pengukuhan rangkaian 4G, di fasa ke-2 pula fokus akan diberikan bagi memperkukuhkan asas untuk rangkaian 5G bertapak di Malaysia.

Tidak terkecuali, rakyat di Sabah dan Sarawak juga akan menerima manfaat daripada pelaksanaan pelan JENDELA ini. 

Untuk pengetahuan anda, Malaysia belum lagi menamatkan rangkaian 2G secara menyeluruh kerana masih ada beberapa sistem yang menggunakannya terutamanya dalam bidang perniagaan – terminal pembayaran, sistem keselamatan dsb.

Malah sebenarnya biarpun sudah pelbagai model telefon pintar sudah diperkenalkan, masih ada yang setia menggunakan telefon model lama terutamanya dalam kalangan warga emas. Jadi tak adillah untuk mereka jika kerajaan menghentikan terus rangkaian 2G di Malaysia bukan?

Jadual penghentian rangkaian 2G dan 3G di negara luar. Kredit: Soya Cincau

Sumber: Muhyiddin Yassin
Kredit gambar utama: Soya Cincau

Read Previous

Syhhh~ Tonton Netflix Secara Percuma Dengan Cara Ini

Read Next

Apple Claim iPhone Sebagai Telefon Yang Menjaga Privasi Pengguna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × five =