24 jam asyik IG jer? Apa kata jadi Social Media Influencer

Masa sekolah bila cikgu tanya nak jadi apa, mesti ramai yang nak jadi doktor ngan cikgu. Tapi sekarang mungkin ada yg jawab nak jadi social media influencer. Hahhahh yang ni parents kita mungkin tak familiar sgt kan. Course apa nak amik kat uni utk jadi influencer berjaya? Pendapatan pulak cam ner? Boleh cecah 5-digit ker?

Nak jadi social media influencer ni taklah susah. Cuma kena rajin dan pandai pilih content. Memang la kena build up dari bawah tapi bila dah dapat groove yg kena dengan readers, boleh la letak harga utk buat review kann.

Pada yg baru nak start boleh ikut 7 langkah kat bawah ni.

1. Pilih dan kenali niche korg

Nak start kenalah tau apa yg kita minat. Passion tu penting supaya tak burn out atau cepat rasa bosan. Kalau kita sendiri tak yakin dan suka content yg kita buat, camno nak buat org lain suka ye dakk.

Combine 2 atau 3 minat tu sekali. Macam kalau kita suka makan dan try menu baru, boleh la combine dengan resepi terkini, tempat makan femes kalau gi holiday atau menu/tempat makan viral. Tapi ingat, jangan la terlalu banyak combination sampai hilang fokus.

2. Optimise profil sosial media

FB? IG? YouTube? TikTok? Mana satu yg korang selesa. Terpulang. Ramai influencer kat luar sana yg pilih 1 atau 2 platform sosial media jer. Tak yah banyak-banyak. Takut tak terkejar nak buat content. Nanti page layu takde pulak org view pasal content tak consistent.

Camner nak buat optimisation?

  1. Tukar ke business account
    Business account ada lebih banyak option berbanding persendirian. Cuba check kat profile setting.
  2. Bio kena menarik
    First impression utk org yg view profile kita sgt penting ok. Kalau bio yg korg letak ala-ala jer camner nak tarik readers. Be confident!
  3. Gambar profile & cover photo
    Kenalah letak gambar yang clear and berkualiti, kalau tak camner org nak kenal. Kenalah pandai branding diri sendiri dulu. Personaliti kenalah mantap.

3. Kenali/faham audience korg

Kenalah tau target audience dulu. Penting ni supaya korg boleh pilih content yg bersesuaian ikut market dan demografik. Lagi senang nak influence org yg ada minat dan niche yg sama kan. Barulah ada follower base yg setia ngan korg.

4. Buat content yg relevan!

Followers biasa nak tgk content yg relevan dan berguna utk diorg. Kena selalu ingat yg engagement dari follower tu penting. Influencer yg bagus adalah yg boleh buat followers ikut trend yg korg set.

Strategi ni terpulang pada korg. Macamana korg nak buat. Ada influencer yg hanya fokus pada niche masing-masing. Ada pulak yg suka campur content dan selitkan momen personal utk buat followers rasa lebih personalised gitew.

5. Konsisten, konsisten, konsisten

Dah decide content, boleh la finalise kekerapan posting dan jadualnya. Check algorithm sosial media platform yg korang pilih utk tengok banyak mana korang kena post baru org nampak. Macam IG, kalau lagi banyak korang post lagi bagus la pendedahan yg korg dapat… dan IG adalah platform utk marketing yg paling besar tuk influencer.

Pilih la nak hari2 ker mingguan ke. Ikut yg korg selesa lah. Again, kena check dinamik platform yg korg guna. Apapun konsisten kena ada.

6. Pastikan selalu ada komunikasi dengan followers

Jgn ignore followers! Kena selalu engage diorg. Balas comment/DM, like sebanyak mungkin respond dr followers. Barulah followers rasa dihargai. So next time korg post something, followers akan cepat jer view.

Kalau tak pun korg boleh start tanya followers tentang topik yg boleh korang share. Interaksi penting utk jadi influencer yg bagus.

7. Siap utk berkolaborasi

Bila semua steps kat atas tu dah buat, ini masanya utk beritahu pada semua yg korg dah ready utk berkolaborasi dengan brand pilihan korg. Boleh mention kat bio yg korg sedia utk buat brand review. Contact details kena selalu update supaya senang diorg nak contact.

Atau korg boleh je approach mana-mana jenama yg korg nak. Pitch jer, jgn segan. Mana tau rezeki korg dapat. Kalau tak pun, bila korg buat content, boleh la mention brand yg korg nak supaya diorg notice. Kalau boleh dapat jemputan ke event launching lagi ngam. Senang nak expose diri pada potential partner. Step yg ni bukan senang tapi tak mustahil. Bila follower based korang cecah ratusan ribu of coz ada jenama yg berkaitan dengan niche korg akan mula DM.

So gais, ini cuma guide camner korg nak start jadi influencer. Sejauh mana korg boleh pergi sebagai influencer bergantung pada usaha korg sendiri. Ia proses yg makan masa untuk nampak resultnya. Tak boleh la hari ni start esok dah nak berjaya. Tapi kalau rajin, tak cepat lambat mesti boleh start jana $$ dengan cara ni. Good luck! 

Kredit gambar utama: freepik.com

Read Previous

Boleh Dinikmati Sepenuhnya Dalam Bahasa Melayu, Netflix Diminta Supaya Tak Direct Translate

Read Next

OPPO Reno 4 Pro Peranti Terbaik Untuk ‘Kaki OOTD’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − five =