• January 19, 2021

Lagu Kanak-Kanak ‘Baa, Baa, Black Sheep’ Tentang Protes Cukai? Ini Kisahnya

Kalau kat Malaysia, antara lagu kanak-kanak popular macam ‘Pok Amai-Amai’, ‘Sekor Labah-Labah’, ‘Bangau Oh Bangau’ dan ‘Burung Kakak Tua’. Tapi kalau kat luar negara pula, antara lagu kanak-kanak popular ialah lagu Baa, Baa, Black Sheep. Korang pernah dengarkan?

Untuk pengetahuan korang, bait-bait lirik lagu ini tidak banyak berubah semenjak versi terawalnya dihasilkan iaitu pada tahun 1731. Mungkin ramai yang tidak tahu, di sebalik lirik yang naif ini terdapat satu maksud tersirat yang gelap. Uishh! Bunyi macam menyeramkan jer.

Seorang kurator British, Catherine Elwes berkata, lagu Baa, Baa, Black Sheep itu sebenarnya merupakan sebuah lagu protes terhadap cukai bulu kambing terlalu tinggi pada tahun 1275 yang dilaksanakan oleh Raja Edward I. Difahamkan, motif di sebalik cukai tersebut adalah untuk membiayai peperangan antara Scotland dan Perancis.

Lagu ini menyentuh sistem pengkelasan rakyat pada zaman itu yang memperihalkan soal pembahagian harta negara. Perkataan master di dalam lagu tersebut merujuk kepada Raja Edward I. Manalaka, dame pula ialah tuan tanah dan little boy who lives down the lane merupakan harta rakyat yang telah dibahagikan.

Selain itu, lagu Baa, Baa, Black Sheep turut digunakan oleh golongan anti penghambaan yang berlaku di England pada kurun ke-18. Malah, ia juga diguna pakai oleh kelompok sama yang menetap di Amerika Syarikat.

Baca artikel ini: Giler! Suntik 20 Kali Demi Gelaran Bibir Terbesar Di Dunia

Penggunaan lagu ini pada zaman itu ditujukan khas pada era sebelum Perang Saudara merujuk kepada penghambaan kaum Afrika di negara itu. Pada mulanya, lagu Baa, Baa Black Sheep ini tidak mempunyai sebarang melodi sehinggalah pada tahun 1740.

Melodi sama yang masih dinyanyikan sehingga kini adalah berdasarkan satu lagu rakyat Perancis yang bertajuk Ah! vous dirai-je, maman. Selain lagu Baa, Baa, Black Sheep, lagu ABC dan Twinkle-twinkle Little Star turut menggunakan melodi yang sama.

Ehh! A’ah laa baru Abang Jim pun baru perasan melodi lagi ABC dan Twinkle-twinkle Little Star menggunakan melodi yang sama dengan lagu Baa, Baa, Black Sheep. Haa! Mesti korang tengah menyanyikan?

Baca artikel ini: Barulah Menarik! Ubah Poster Filem Seram Jadi Lebih Ceria

Read Previous

Aduh Pening Kepala, Minta Bersabar Dengan Anak Kedua

Read Next

Pun Ada Jugak? 4 Benda Lelaki Inginkan Pada Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × three =