Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru!

A picture containing sky, outdoor, tree, water

Description automatically generated

Penduduk di kota mesti dah tahu bila disebut Titiwangsa atau lebih digelar “titi” . Korang kalau dari pendalam yang nak pergi ke Titiwangsa , korang tanya je orang area Kuala Lumpur tu . Mesti diorang boleh bagitahu . 

A picture containing tree, outdoor, grass, sky

Description automatically generated

Tapi korang nak tahu tak ? Sekarang Taman Tasik Titiwangsa dah berwajah baru . Tasik tersebut telah dinaik taraf supaya pengunjung dapat merasai suasana hijau disana . Kini warga kota dapat merasai pengalaman beriadah dalam suasana seolah-olah berada di hutan rimba menerusi kemudahan baru Kanopi Banjaran Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa yang telah dibuka pada tarikh 15 Disember 2019 , Ahad . Sebelum ini , ianya ditutup pada 1 September 2018 , tahun lepas untuk memberi ruang kerja-kerja penambahbaikan yang membabitkan keluasan 20.23 hektar

A group of palm trees next to a body of water

Description automatically generated

Kanopi sekitar 60 meter itu turut dilengkapi air terjun buatan bagi melengkapi elemen alam semula jadi di taman tasik yang terletak di tengah-tengah kota itu . Orang ramai dapat beriadah dengan lebih tenang , damai dan selesa walaupun berada di kawasan bandar .

A picture containing tree, outdoor

Description automatically generated

Aktiviti yang menjadi tumpuan para pengunjung ialah taman permainan air kanak-kanak dengan paras air sekitar 300 milimeter untuk aktiviti mandi manda.

Lebih membanggakan, taman tasik yang dirasmikan pada 1 Feb 1980 itu dilengkapi kemudahan bertaraf antarabangsa ‘High Fountain Jet’ dengan keupayaan pancutan air setinggi 100 meter, bersamaan setinggi bangunan 30 tingkat.

A person walking down a street

Description automatically generated

Selain daripada tempat bermandi-manda , kawasan itu juga dilengkapi “maze garden” menggunakan pokok kemuning yang dinamakan Laman Kerawang .Kini , trek untuk berjogging juga telah dinaik taraf sejauh 4.5 kilometer dan trek basikal 2.5 kilometer yang dibina secara berasingan untuk faktor keselamatan . Takdelah macam dulu , nak berjogging pon rasa tak selamat . Tiba-tiba muncul orang naik basikal dari belakang .

Korang yang dah baca ni takde rasa nak pergi ke Taman Tasik Titiwangsa ni ? Boleh bawak anak-anak , pasangan korang , ibu ayah lagi best bawak satu family datang sini  . Benda percuma , nak tunggu apa lagi ?!

Read Previous

Kebersihan diri yang sering kita terlupa

Read Next

Fungsi Vernix Caseosa pada kulit bayi baru lahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 2 =