Siapa diantara kalian yang gemar mencari sesuatu untuk menguji tahap kreatif mahupun penggunaan otak ?
Selain ujian bertulis, korang boleh juga cari video yang mungkin dapat menguji personaliti diri atau tahap pemikiran.
Bukan setakat itu sahaja, penggunaan slang dalam bahasa lain juga kekadang dapat mengejutkan orang lain. Cuba korang bercakap dalam slang British bila bercakap dengan kawan. Mesti ternganga kawan tu.
Dibalik Tadbir Ujian Listening
Pronounce dari mamat ni memang sedap didengari dan kira perfect lah bagi pendengar. Siapa yang ambil Muet tahu la macam mana susahnya kalau part Listening ni. Lagi-lagi dengan bunyi lori lalu lalang. Memang mencabar betul.
Korang yang tengok ni tak terasa diri tu ada mix ke ? Sebab mana tahu korang boleh bercakap dalam slang lain.
Ujian Tahap Mental
Dulu masa takde kerja sangat dekat ofis , selalu lah layan benda macam ni. Bukan apa, kekadang saja nak try test tengok otak kita kat level mana. Kekadang tu satu ofis try lepas tu share jawapan last. Korang kalau betul tak de benda nak buat, cuba lah. Mana tahu IQ korang lagi tinggi dari Einstein.