3 Kucing Termahal di Dunia: Kucing Parsi

A cat lying on a bed

Description automatically generated

KUCING PARSI – Siapa je tidak suka melihat haiwan yang comel dan berbulu lebatkan ? Pencinta kucing pasti akan tertarik dengan fizikal yang dimiliki oleh baka kucing ini . Mempunyai mata bulat , bulu lebat dan manja . Kalau ingin mencari haiwan peliharaan , kucing Parsi adalah pilihan yang terbaik 

ASAL USUL KUCING PERSIA/PARSI

A cat that is lying down and looking at the camera

Description automatically generated

KUCING PARSI – Merupakan seekor kucing yang memiliki bulu yang lebat dan panjang . Selain daripada itu , kucing ini juga memiliki hidung yang penyek dan besar seperti gambar diatas . Nama Persia diberi kerana itu adalah nama negara tempat asalnya . Sekitar tahun 1620 , kucing ini dibawa oleh Pietro Della Valle yang pertama dan diperkenalkan di Itali . Kemudian , dilanjutkan pengenalannya ke negara Turki dan Perancis .

Setelah disebarkan oleh Pietro Della Valle , Claude  Fabri de Piercesc juga melakukan hal yang sama . Namun ada yang berpendapat bahawa kucing ini ada pelbagai jenis dan asalnya ia tidak berbulu lebat . Kucing Parsi yang asli perlu dikahwinkan dengan kucing di South Africa unuk mendapatkan bulu yang lebat .

Namun yang pasti , kucing Parsi adalah kucing tertua dan harganya bernilai tinggi . Kucing ini telah masuk ke negara Amerika Syarikat dan Kanada dan mendapat sambutan yang tinggi pada tahun 1900an . Sekarang sudah hampir satu dunia kucing ini telah membiak dan diterima oleh manusia 

CIRI-CIRI KUCING PARSI

A white cat with its mouth open

Description automatically generated
  1. BULU – Kucing Parsi mempunyai bulu yang lebat sehingga 5 – 15cm yang terasa sangat lembut diseluruh tubuhnya kecuali pada bahagian wajahnya 
  2. KEPALA – Kucing Parsi mempunyai kepala yang besar dan bulat , memiliki tulang pipi yang menonjol dan tulang rahang yang kukuh . Lehernya juga tidak dapat di lihat kerana ditutupi oleh bulunya yang lebat .
  3. WARNA – Kucing Parsi ada pelbagai jenis warna iaitu hitam , coklat , coklat muda kuning tua , putih . Namun kini sudah ada warna baru iaitu warna perak keemasan , shaded smoke dan bicolour . Mungkin warna baru ini dating disebabkan kacukan oleh kucing berwarna lain 
  4. HIDUNG – Kucing Parsi ini memliki hidung yang penyek lebat dan mendongak keatas . Terdapat garis di bahagian pangkalnya dan menyebabkan ianya terbelah dua 
  5. KAKI – Kucing Parsi ini memiliki kaki yang comel kerana agak pendek dan berbulu lebat dibawah tapak kakinya dan boleh menyebabkan Kucing Persia ini selalu tergelincir . Dengan tubuh badannya yang gemuk membuatkannya kelihatan comel 

HARGA KUCING PARSI DI PASARAN

An orange and white cat with its mouth open

Description automatically generated

Biasanya harga bagi seekor kucing Parsi ini boleh mencecah sehingga RM 1500 sehingga RM 3500 . Harga kucing ini boleh meningkat berkali ganda sekiranya memiliki sijil pengesahan baka dar TICA atau CFA  atau memiliki keunikkan yang jarang ditemui

So korang , bagaimana dengan kucing Parsi ni . Comelkan ? Hehehe . Esok jangan lupa kucing yang ketiga pulak , akan dipost pada waktu yang sama . Pada yang terlepas baca kucing yang pertama , boleh lihat pada artikel yang semalam . Jumpa esok !!

Read Previous

3 Kucing Termahal di Dunia: Kucing Ashera

Read Next

3 Kucing Termahal di Dunia: Kucing Bengal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 6 =