Tiada bajet.. Jom lepak sekitar Selangor

Image result for budget

Dah masuk tengah bulan ni memang nak lepak kena fikir dua tiga kali, bak kira bajet kalau boleh tak usik belanja harian nak menyampai ke hujung bulan. Tapi kalau terperap kat rumah pun bosan jugak.

Kalau anda dalam dilemma macam ini apa yang anda boleh buat? Duduk je kat rumah atau semborono je keluar lepak dengan kawan-kawan? Kalau min kita survey dulu la tempat-tempat best yang boleh luangkan masa sambil isi masa lapang tanpa kempiskan dompet.

Kali ini min nak share survey yang min buat untuk lokasi lepak tanpa bajet di sekitar area Selangor.

1.  Pantai Morib

Kalau santai-santai Pantai Morib antara yang terdekat dengan KL, perjalanannya ambil masa 1 hingga 2 jam je. Lokasi ini ideal untuk ambil angina pantai yang segar sambil lepak-lepak tenangkan fikiran. Tidak disarankan untuk mandi di sanalah.

2. Taman Botani Shah Alam

Image result for Taman Botani Shah Alam

Lokasi ini sangat ideal bagi mereka yang suka beriadah dan bersiar-siar pada masa sama. Taman Botani Shah Alam  ada banyak tarikan seperti taman haiwan, rumah iklim, taman bunga, tasik, taman kaktus dan taman herba. Kalau mahu beriadah di sini boleh saja nak jogging atau berbasikal.  Kalau rasa nak camping pun boleh saja jadinya boleh tinggalkan hiruk pikuk kota KL.

3. Bukit Melawati, Selangor.

Image result for Bukit Melawati, Selangor.

Kat Selangor da juga tempat bersejarah, macam kat Bukit Melawati yang dahulunya merupakan kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor pada Abad ke-18. Kat sini kita boleh tengok kawasan sekitar seperti  muara sungai Selangor dan Selat Melaka dari aras tinggi. Sekitarnya juga banyak replica meriam dan benteng batu untuk mereka yang mahu bergambar dengan latar belakang kubu lama.

4. Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara

Image result for Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara

Mungkin ada yang tidak sangka di Kota Damansara ada taman rimba seperti Taman Negara.  Bagi yang suka jungle trekking atau hiking, lokasi ini sangat menarik untuk di cuba. Malah, bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam di sini ada pemandangan tasik berlatar belakang hutan yang pati dapat memberikan ketenangan. 

5. Hutan Rekreasi Sungai Congkak.

Related image

Semua pasti tahu lokasi ini min pun selalu jugak ke sana. Di sini sebenarnya adalah lokasi yang ideal untuk berkelah dan juga santai-santai. Dengan sungainya yang bersih dan udara segar kadang-kadang bila dah ada di Sungai Congkak rasa malasnya nak balik ke KL.

Read Previous

Kenali personaliti dari pesanan air di warung

Read Next

Berfesyen ikut kemampuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + eighteen =