
Hari-hari ada berita Abang Jim dengar kes COVID-19 kat Malaysia ni terus meningkat. Mana tak risau kalau angka pesakit yang kena virus tu terus naik mendadak.
Sebenarnya bukan Malaysia jer yang terkesan dengan masalah COVID-19 ni. Kat negara-negara lain pun sama jugak bila jumlah pesakit baru bertambah.
Laporan terbaru yang abang baca kat portal CNN bagitahu, jumlah kematian akibat COVID-19 kat Itali dah melebihi sebanyak 156 jumlah kematian di China, iaitu sebanyak 3,405 kematian pada Khamis (19/3/2020).
Lebih menakutkan bila jumlah jangkitan kat Itali sekarang ni dah cecah 41,035 kes dengan 5,322 kes baru dilaporkan.
Amerika Syarikat sendiri pun dah menyuarakan kebimbangan bila pihak berkuasa di California menjangkakan kira-kira 56% atau 25.5 juta populasi kat sana bakal terjejas akibat COVID-19.
Sebab tu kerajaan dah keluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk bendung masalah ni jadi lagi teruk.
Cer korang bayangkan kalo kerajaan masih tak buat apa-apa tindakan? Abang Jim rasa jumlah pesakit yang berjangkit mungkin lebih tinggi daripada jangkaan sekarang.

Yerlaa, macam yang korang semua tahu, cara virus ni merebak dan berjangkit sangat mudah. Melalui udara dan juga sentuhan.
Tanpa Perintah Kawalan Pergerakan, kita tak tahu dan sedar betapa teruknya situasi yang sedang berlaku sekarang kat negara kita ni. Masyarakat mungkin terfikir keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Tapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, baru kita sedar bahawa situasi COVID-19 yang sedang melanda hari ini telah berada pada tahap yang membimbangkan.
Bila penguatkuasaan ni dibuat, orang awam ditegah untuk keluar dari rumah pegi tempat awam. Orang yang dah dijangkiti akan tunjuk tanda2 dijangkiti. So petugas kesihatan dah tahu dan boleh berikan rawatan.

Kalau korang tak jarakkan diri korang dengan masyarakat, risiko untuk korang dijangkiti sangat tinggi dan berkemungkinan makin ramai yang akan disahkan positif. Tak takut ke?
Secara tak langsung, virus tu tak dapat dijangkiti oleh orang lain sebab masing2 dah jarakkan diri, duduk kat rumah diam2. Dengan dok kat umah, korang akan lebih selamat sebab tak terdedah dengan individu yang positif COVID-19.
Itu pun masih ada lagi yang degil, kepala batu, tak makan nasihat. Yihhh! Abang Jim rasa nak marah jer sekarang ni.

Please laa guys, just stay at home. Itulah antara kaedah yang dirasakan terbaik buat masa sekarang untuk mengurangkan risiko virus ni daripada terus merebak.
Kalau korang degil, nak keluar jugak rumah jalan-jalan tak tentu pasal, korang boleh bawak balik COVID-19 ni ke rumah. Dah satu rumah pulak berjangkit nanti.
Tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan tu betul dan ada benarnya. Jangan anggap Perintah Kawalan Sementara ni satu bentuk hukuman sama seperti perintah berkurung atau lockdown. No!
Walaupun kerajaan mendesak masyarakat untuk duduk di dalam rumah, tapi korang masih lagi boleh keluar kalau ada urusan penting, dan kalau boleh jangan keluar terlalu lama.
Kalau kerajaan dah buat perintah berkurung, korang akan jadi lagi susah sebab tak dibenarkan keluar langsung! So patuhilah arahan ok.