
Baru-baru ni Abang Jim ada dapat komplen daripada sorang kawan abang ni. Dia betul-betul marah sebab dalam keadaan negara dilanda musibah sekarang ni, masih ada lagi pihak yang nak ambil kesempatan dengan jual produk palsu.
Pasalnya, kat MyEG ada keluarkan produk kit ujian pantas COVID-19 yang katanya boleh bagi keputusan sepantas 30 minit jer.
Kawan abang ni excited laa nak beli, sebab dia kata kit tu kalau bel ikat tempat lain mahal, tapi MyEG jual pada harga RM99 jer. Kira murah laa tu.
Sekali tup tup, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada keluarkan statement kata produk test kit tu palsu atau fake bak kata omputeh.

Haaa! Apa citer tu? Bila dah KKM sendiri keluarkan kenyataan tu, orang ramai mula panik termasuk laa kawan Abang Jim tu.
Mana taknyer, orang ramai nak sangat beli test kit tu sebab nak check sendiri status kesihatan sama ada sihat atau dah dijangkiti. Nak beli kat tempat lain, harga mencekik darah. Dengar kata bilangan test kit pun tak cukup.
Isu COVID-19 sekarang ni dah jadi isu global. Bukan Malaysia jer yang tengah struggle sekarang ni, satu dunia sekarang berada dalam ancaman. So masyarakat tak perlu terlalu panik kalau belum ada tanda-tanda yang korang telah dijangkiti.
Jadi kalau korang tak rasa yang korang dah dijangkiti, korang tak perlu terlalu panik untuk buat ujian dengan test kit berulang kali.

Sebagai jalan penyelesaian sebab tak nak keadaan menjadi bertambah buruk, so kerajaan telah mengeluarkan satu arahan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan.
Abang Jim rasa, itulah solusi yang terbaik buat masa ni untuk menangani masalah penularan COVID-19. Biarkan korang tak ada test kit sekali pun, asalkan korang duduk kat rumah, jangan keluar. Itu dah cukup baik dan selamat dah.
Pemerintah bukan suka-suka keluarkan arahan kuarantin 14 hari kat korang semua. Perintah tu dibuat bersebab. Sebabnya nak putuskan rantaian jangkitan COVID-19 daripada individu yang positif kepada mereka yang sihat.
Macam yang korang semua tahu laaa, virus ni dia boleh berjangkit dalam pelbagai cara sama ada udara dan juga sentuhan.

So kalau perintah ni tak dibuat, orang awam termasuk Abang Jim dan juga korang semua ni akan terdedah dan lebih berisiko terkena jangkitan.
Alaaa..tapi korang semua sebenarnya sukakan? Sebab universiti dan semua institusi tinggi awam dan swasta ditutup. So kelas batal.
Tapi yang tak bestnya, korang semua tak digalakkan untuk meninggalkan tempat masing-masing. Maknanya korang ditegah daripada balik ke kampung! Come on laa, bayangkan kalau korang bawak balik virus t uke kampung, tak ke satu kampung tu berjangkit?
Kalau korang rasa tindakan pemerintah ni kejam, korang silap. Actually Malaysia bukan satu-satunya negara kat dunia ni yang keluarkan perintah duduk rumah tak boleh keluar.
Arab Saudi dah buat dulu dah perintah ni lepas kerajaan diaorang menghentikan segala aktiviti di masjid termasuk solat Jumaat selama 15 hari. Bukan tu jer, Arab Saudi gak beri lagi cuti tambahan selama 2 minggu kat orang yang sakit dengan wanita mengandung.

Kalau boleh tak nak jadi macam Iran. Korang bayangkanlah, daripada 2 jer kematian pada 19 Februari haritu, kini jumlah kematian dah jadi lebih daripada 1,000 orang!
Paling menakutkan, jumlah tu dijangkakan akan terus meningkat sebab kerajaan diaorang lambat ambil tindakan pencegahan.
Penat Abang Jim membebel. Nasib baik boleh minum air lagi. Tak lama lagi dah nak puasa. Mudah-mudahan COVID-19 ni cepat-cepatlah dapat diatasi. Sama-samalah kita berdoa yer.