Kalau hobi terbaru korang adalah membeli belah dalam talian atau online shopping, teruskan membaca!
Berjual beli dalam talian kini sudah menjadi lumrah kehidupan, hinggakan kita terlupa bagaimana canggungnya berbuat demikian hanya beberapa tahun lalu. Secara umumnya, huruf `e-‘ telah ditambah kepada hampir apa sahaja dalam kehidupan kita hari ini.
Ketepikan semua gurauan, limpahan pengguna yang ramai di platform digital juga bermakna terdapat ramai pengguna baharu – dan selalunya naif – yang tanpa disedari, pembabitan mereka di dalam ekonomi digital juga bermakna mereka mungkin menjadi sasaran penipu atau scammers.
Menurut data daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (JSJK, PDRM), terdapat 3,512 kes penipuan e-dagang pada 2019, dan meningkat kepada 5,850 kes pada 2020. Trend peningkatan ini berterusan, dengan 9,545 kes pada 2021 dan 9,258 kes pada 2022, dan kelihatan seperti tiada yang dapat menghentikannya, dengan kes semasa sebanyak 7,911 setakat 31 Ogos 2023.
Apa yang paling teruk ialah kerugian akibat penipuan e-dagang juga turut meningkat tinggi, dari RM28 juta pada 2019 kepada RM140 juta pada 2022. Dengan hampir RM144.8 juta dicatatkan setakat 31 Ogos 2023!
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengekang trend ini?
Malangnya, kita semua pernah melalui situasi sebegini. Bagi Ena Rahim, beliau memilih jalan yang #MudahDanSelamat Beliau memeriksa nombor telefon dan bank akaun di laman web Semak Mule PDRM dan menyekat nombor asing. Sekarang, saya juga menyimpan semua chat saya pada aplikasi Mudah.my sebab ia lebih selamat. Ini kerana, Ena pernah menerima panggilan daripada nombor telefon negara asing dengan kod yang tidak dikenali, meminta supaya kucing dihantar ke luar negara tetapi tidak menyediakan pembayaran. Susulan itu, mereka meminta Ena mengatur dan menanggung sendiri bayaran kurier tempatan.
Malangnya, ramai berfikir perkara itu tidak akan terjadi kepada mereka. Sikap inilah yang menjadikan mereka sasaran mudah untuk penipu berkemahiran tinggi yang bijak memanipulasi. Perkara ini telah disaksikan dan dikesan berlaku berulang kali oleh pihak berkuasa serta platform e-dagang seperti Mudah.my.
“Selama bertahun, sejajar dengan penipu yang makin sofistikated, Mudah.my juga telah berevolusi dan membangunkan lebih banyak alat dan fungsi bagi mengenal pasti dan menghalang penipu, dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan menubuhkan Pasukan Trust & Security khusus untuk memastikan keselamatan pengguna,” kata Gaurav Bhasin, CEO Mudah.my.
Antara panduan berguna bagi menjamin keselamatan anda dalam talian:
#1. Berwaspada terhadap sebarang tawaran yang terlalu hebat dan sukar dipercayai. Elakkan bertindak secara FOMO (bimbang terlepas peluang) kerana inilah jerat yang penipu nanti-nantikan.
#2. Jual dan beli di platform berwibawa seperti Mudah.my yang melindungi keselamatan pengguna dengan ciri-ciri keselamatan berkesan.
#3. Lakukan sedikit siasatan anda sendiri – selidik ulasan pengguna lain bagi mendapatkan pandangan sama ada penjual atau pembeli adalah berwibawa dan semak menerusi laman web Semak Mule untuk memeriksa no. akaun bank. Jika anda guna Mudah.my, sila klik pautan www.mudah.my/ccid untuk dihubungkan terus ke laman Semak Mule. Mudah.my adalah platform dalam talian pertama yang menyediakan fungsi ini.
Sebagaimana pengalaman yang Ena kongsikan, ada dua cara aktiviti penipuan berlaku: penipu menyamar sebagai pembeli dan sebagai penjual. Jadi, ia amatlah penting untuk anda sentiasa berwaspada, tidak kira bagaimana menariknya tawaran tersebut. Modus Operasi biasa diguna penipu adalah seperti berikut:
Mangsa = Pembeli | Mangsa = Penjual |
Suspek/penjual tawar barangan pada harga sangat rendah (“tawaran tidak masuk akal”). | Mangsa/penjual iklankan barangan untuk jualan. |
Mangsa/pembeli menghubungi suspek berkaitan barangan dan dipaksa membuat pembayaran segera kerana kononnya tawaran itu hanya untuk masa terhad. | Suspek/pembeli mendakwa dari luar negara dan menyatakan minat membeli banyak unit barangan tersebut, kemudian kemukakan resit palsu menunjukkan jumlah lebih besar daripada harga asal dimasukkan ke dalam akaun mangsa. |
Mangsa buat pembayaran tetapi barang tidak dihantar seperti dijanjikan. | Suspek meminta penjual memulangkan jumlah bayaran yang terlebih dengan segera. Mangsa tergesa-gesa membuat pembayaran tanpa memeriksa jika jumlah itu benar-benar telah dimasukkan ke dalam akaun banknya. |
Sebenarnya, penipuan berlaku di mana-mana sahaja. Mereka boleh memikirkan pelbagai cara untuk menipu dan memberikan penjelasan yang begitu menyakinkan supaya anda kekal berminat, malahan membuat permintaan yang aneh tetapi masih wajar. Jadi, melainkan anda mahu mengelak transaksi dalam talian selamanya (mustahil!), risiko akan sentiasa ada dan kita hanya perlu mengamalkan sikap berwaspada yang tinggi dengan elemen syak wasangka. Gunakan sebarang atau semua ciri-ciri keselamatan bagi mengelak diri anda terjebak ke dalam perangkap penipuan.Jika anda mengesyaki diri anda telah menjadi mangsa scam, anda boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 (0800 – 2000) atau hotline (24/7) dan membuat laporan polis di mana-mana balai polis.