Tak Sangka Best Gila, Filem ‘Seratus’ Memang Unexpected Puaskan Hati Penonton Dengan Kehadiran 100 Pelakon

Mungkin kalau tengok poster, nampak macam tak menarik kan? Tapi, min cakap betul korang janganlah tertipu dengan poster filem ‘Seratus’ ini.

Menampilkan 100 orang pelakon terkenal dalam satu filem, filem arahan Feroz Abdul Kader yang menelan belanja sekitar RM2 juta ini memang unexpected sangat best dan thrill untuk korang tonton.

‘Seratus’ mengisahkan mengenai Hafiz (Sharul Kamal) yang perlu menyelamatkan ibunya daripada dibunuh dengan mencari semula wang RM100 yang mempunyai klu dalam membongkar satu kes yang boleh menggemparkan negara. Dalam perjalanan mendapatkan wang tersebut, pelbagai situasi cemas terpaksa beliau lalui.

Antara pelakon yang memeriahkan lagi filem ini termasuklah Datuk Awie, Datuk Adi Putra, Ziana Zain, Bell Ngasri, Elizabeth Tan, Alif Satar dan ramai lagi.

Nak tahu macam mana dorang ‘muatkan’ 100 orang pelakon dalam filem dengan durasi 95 minit ini, korang boleh tonton sendiri. 

Side note: Not so bad lah, sesuai untuk tontonan hujung minggu bersama keluarga gituh.

Read Previous

Terima Deposit RM20,000  Lelaki Pulang Semula Duit Deposit Ke Tuan Sebenar

Read Next

Mod Inkognito Bukan Bermakna Korang ‘Selamat’, Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 1 =