Jadi Semakin Popular, Lato-Lato Sebenarnya Dah Diharamkan Di Negara Ini

Korang tahu tak, permainan lato-lato yang semakin popular di Malaysia sebenarnya telah diharamkan di beberapa buah negara?

Dalam satu klip video yang dikongsikan, negara pertama yang dikatakan sudah mengharamkan permainan tersebut adalah Amerika Syarikat susulan banyak kecederaan yang berlaku pada kanak-kanak.

Malah bunyi bising yang dihasilkan daripada permainan tersebut menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah pendengaran. 

Manakala, UK mengharamkan permainan ini kerana ia dianggap sebagai sebuah senjata selain daripada salah seorang daripada kanak-kanak di negara tersebut patah tangan akibatnya.

Negara terakhir yang mengharamkan lato-lato ialah Mesir. Di Mesir, ia dikenali sebagai Sisi ball dan diharamkan pada tahun 2017 kerana menghina Presiden Mesir, Abdul Fatah Al-Sisi. Pada ketika itu, 41 pemilik kedai ditahan kerana menjualnya.

Read Previous

Bukan Bermaksud Saya, Ini Kod Sebenar Huruf ‘i’ Pada iPhone Yang Ramai Tak Tahu

Read Next

Lebih 10 Lokasi Terkini Yang Boleh Korang Dapatkan Menu Rahmah Serendah RM5 Di Sekitar KL & Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 6 =