Nak Cari Rezeki Pun Tak Selamat, Audio Pak Cik Minta ‘Ringan-Ringan’ Di Kluang Timbulkan Kerisauan Ramai

Nak kerja cari rezeki pun dah tak selamat. Itu yang mungkin dirasa oleh abang-abang yang bekerja sebagai penghantar tong gas selepas mendengar rakaman audio yang viral baru-baru ini di media sosial Facebook.

Mana tidaknya, bermula daripada perbualan urusan jual beli gas secara tiba-tiba ia beralih kepada permintaan untuk melakukan ‘ringan-ringan’ oleh seorang pak cik. Alasannya kerana kesunyian dan isterinya tidak berada di rumah.

Apabila ditolak secara baik, pak cik tersebut tanpa rasa bersalah dan berdosa meminta bantuan kepada si penjual untuk mencarikannya seseorang yang boleh melunaskan nafsunya. Yang bertambah malang, nafsunya menjurus kepada kaum sejenis.

Hmm, jadi lelaki pun dah tak selamat. Orang Kluang yang hantar gas tu, jangan pula korang tukar profesion dek pak cik ni. Naya kami mana nak cari refill nanti.

Facebook: Cheanne

Read Previous

MAE vs Maybank2u, Nampak Sama Tapi Sebenarnya Berbeza?

Read Next

Dapat Mesej Terima Kasih, Ramai Terkesan Dengan Ucapan Mak Anep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 2 =