Berang ‘Dianjing-anjingkan’ Punca Lelaki Bina Tembok 2.5 Meter Block Jalan Keluar Rumah Jiran

Bengang kerana dianjing-anjingkan jiran, seorang lelaki nekad membina tembok setinggi 2.5 meter di jalan masuk sehingga menutup laluan masuk ke rumahnya. 

Kejadian yang berlaku di Daerah Boyolangu, Indonesia ini mengkibatkan dua buah rumah di sebalik dinding yang terbina telah terhalang dan penghuninya tidak dapat keluar daripada kawasan berkenaan.  

Tembok yang didirikan pada waktu pagi itu dikatakan milik jirannya (pembina tembok) dan mempunyai Sijil Hak Milik dan bukannya akses jalan oleh kerajaan. 

Selepas diketahui oleh kerajaan tempatan dan polis, kedua pihak telah hadir ke lokasi untuk menjadi orang tengah dalam konflik tersebut. Hasil rundingan, jiran (pembina tembok) akhirnya bersetuju untuk membuka sebahagian tembok yang dibinanya untuk akses keluar sebelum proses rundingan dikatakan akan diteruskan di Pejabat Kampung.

Semasa ditanya wartawan mengapa tembok tersebut dibina, jawapan yang diberikan jiran (pembina tembok) ialah, “Saya dicaci-maki hingga keterlaluan, saya sudah tidak kuat menahan. Saya dituduh merebut tanah dan dianjing-anjingkan.”

Siapa je tahan kan kalau dicaci maki sebegitu. Harap si jiran yang suka mencaci tu insaflah lepas kejadian ini.

Sumber: detik.com

Read Previous

Tak Mahu Terima Royalti Lagu Viral, Ini Yang Altimet Lakukan

Read Next

Kini Dah Boleh Undo ‘Deleted Message’ Di WhatsApp!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − 8 =