5 Jenis Kucing Yang Mahal Gila!

Kebanyakkan orang kalau suka kucing dia tak kisah pun bela kucing jenis apa. Tapi kalau orang yang berduit sebolehnya nak kucing mewah!

Tapi yang tak sangkanya ingatkan kucing mewah ni paling-paling pun ribu ribu je. Sekali beribu US dollar!

Ni top 5 kucing paling mahal dekat dunia:

5. Peterbald

Kredit: Catster.com

Bagi Dan kucing ni cam sheram sikit. Sebab dia ada vibe-vibe kucing firaun gituww. Walaupun rupa dia tak seberapa nak comel tapi harga dia dekat RM21,000 woi! Boleh bayar downpayment kereta!

4. Parsi

Kredit: Amazonaws.com

Yang ni kucing paling ramai suka! Sebab dia jenis bulu tebal and seronok kalau nak gomol! Kalau nak tau kucing parsi banyak jenis. Yang dalam gambar tu jenis muka penyet!

Yang jenis ni lak harga dekat RM24,000! Menangis!

3. Bengal

Kredit: Simplycats.com

Ha kucing ni la yang Dato Aliff Syukri bela! Nampak macam harimau tapi bukan! Cumanya kucing ni macam kucing liar sebab dia kucing hutan.

Harga? RM105,225.00! Amik kau! Kita yang miskin ni memang menangis korek tanah!

2. Savannah

Kredit: squarespace-cdn.com

Ha kucing jenis ni pulak katanya macam anjing sikit. Kenapa anjing? Katanya sebab kucing ni setia, suka main and pandai! Macam anjing la!

Harga? Hahahahahah kita gelak dulu! RM210,450.00 Beb!

1. Ashera

Kredit: staticflickr.com

Ha tiba masa untuk kucing paling mahallll! Kucing ni dikatakan mahal sebab ada corak badan lebih kurang macam leopard (harimau  bintang). Perangai dia pulak sama macam kucing savnnah.

Harga dia pulak setengah juta woiiii! Baik beli rumah!

Kredit: Pinterest

Yang last ni tak mahal pun. Tapi perangai dia macam dia paling mewah!

Kredit gambar utama: Duniakucing

Read Previous

Jenis Couple Yang Lebih Baik Clash!

Read Next

Menu Rahsia Starbuck Selain Air Sally!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 2 =